Bapa Siti Nursurya Di Tanya Adakah Beliau Akan Maafkan Mereka , Ini Jawapan Sayu Beliau

 

KUALA TERENGGANU: Bapa mangs4 pembunvhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, terbuka untuk memaafkan keluarga remaja wanita yang didakwa membunvh anaknya.

Katanya, tidak ada sesiapapun yang inginkan kejadian seperti itu berlaku dan menyifatkan ia adalah ketentuan Allah walaupun perit untuk menerimanya.

“Kalau dia (keluarga svspek) datang kita terima, tak kan kita nak halau orang datang minta maaf.

“Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku,” katanya ditemui selepas kunjungan rombongan Persatuan Penggerak Amal Terengganu (PATA), semalam.

Ismail berkata, bagaimanapun sehingga kini tidak ada pihak daripada keluarga terbabit yang datang menemui keluarganya untuk tujuan itu.

Ismail (tiga kiri) menceritakan kejadian menimpa Allahyarham Siti Nur Surya kepada Sharifah Napsiah (dua kanan) dan Abdul Hamid (kiri) di rumahnya di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu. Foto Zaid Salim

 

 

Menurutnya, pihaknya sentiasa menunggu kedatangan keluarga berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Bapa saudara Allahyarh4m Siti Nur Surya, Aznan Muda, berkata dia tidak menolak kemungkinan keluarga terbabit takut untuk datang berjumpa keluarga mereka.

“Yalah, siapa tidak takut, anak dah bvnvh orang tetapi kita tidak tahu situasi ketika itu dan asbab kejadian itu berlaku,” katanya.

sumber : bharian

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*