
KUALA BERANG: Polis menemui senj4ta dipercayai pis4u yang digunakan dalam pembvnuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata senjata yang dibuang di tepi lebuh raya di Telemong itu ditemui pada jarak antara empat hingga lima kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, pihaknya percaya ia adalah pis4u digunakan dalam kejadian itu yang diambil daripada rumah mangs4
“Sehingga kini, hampir 20 saksi termasuk ahli keluarga m4ngsa dan svspek sudah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Kita sedang melengkapkan siasatan dan Insya- Allah dalam minggu depan, kita akan rujuk kes ini pada pihak pendakwa raya untuk arahan lanjut bagi penyiasatan kes,” katanya selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 Bersama Agensi Penguatkuasaan Dalam Daerah Hulu Terengganu, di sini malam tadi.
Portal NSTP sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mat1 dipercayai dibvnuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang, pada Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangs4 ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
sumber : bharian
Leave a Reply