“Siapa yg nak pujuk bila Sepul marah Nurul? – Nurul Hidayah Kehilangan Madu, Luah Rasa Sedih.

Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah mengesahkan madunya, Datin Bahazanariah Baharudin telah meningg-al dunia akibat menghidap penya-kit kan-ser payu dara.

Memetik laporan Astro Awani, Nurulhidayah akui berasa sedih kerana telah kehilangan seorang yang dianggap sebagai kakak.

“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.

“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Nana,” katanya.

Nurul dan Allah-yarham berpoligami sejak tahun 2017.

Pemergian Bahazanariah atau lebih mesra disapa Kak Nana oleh Nurulhidayah merentap seluruh kekuatan yang ada dalam dirinya itu.

Nurulhidayah dalam tangisan yang sukar dikawal bercerita bagaimana Allah-yarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

“Ar-wah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kan-ser payu dara.

“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan ar-wah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah.

Dalam pada itu, menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allah-yarham menerima rawatan di hospital.

“Ar-wah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allah-yarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar.

“Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.

 

View this post on Instagram

 

..sy mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap 4. Sekitar Ogos selepas raya Haji, Doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat. Sy akan rindu kakak. Sumber kekuatan sy sebagai isteri ke-2. Semangat sy. Kakak datang meminang dan minta sy dari Abah n Mak kerana dia mahu sy berkahwin dgn suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumahtangga. Kak, Nurul sayang akak. Siapa yg nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yg indah buat sy menjadi adik kpd kakak madu yg ikhlas n penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak2 akak n bantu Sepul dlm menguruskan rumahtangga. I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan sy merasa nikmat manisnya madu ???

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid) on

Allah-yarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara.

Bahazanariah disahkan menghidap kan-ser tahap empat pada Ogos lalu. Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.

Jena-zah Allah-yarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perku-buran Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.

Sumber : GEMPAK

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*