“Belum ada kekuatan pulang ke rumah yang menyimpan memori kami lima beranak”- Shamshira

Teluk Intan: “Sebelas tahun yang membahagiakan, tiba-tiba dia pergi buat selamanya bersama dua anak. Namun saya dengan apa yang berlaku,” kata Shamshira Mohd Norizin, 31.

Shamshira adalah isteri Hafize Nizam Ali Supian, 30, pemandu treler yang maut dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Malim Nawar-Kota Bharu dekat Gopeng, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Hafize Nizam bersama dua anak lelakinya, Muhammad Afeef Rafiqie, 9, dan Arrian Nuh, 6, maut di tempat kejadian selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas dan terbalik.

Shamshira berkata, sehingga kini dia seperti tidak percaya suami dan dua anak sudah tiada namun dia menguatkan hati untuk meneruskan kehidupan demi anak bongsunya, Adeeb Hud, 2.

“Saya hilang tiga insan tersayang dalam sekelip mata dan masih terngiang-ngiang suara dan gelak ketawa mereka.

“Saya rasa kosong, buat sementara waktu ini saya akan tinggal bersama ibu kerana belum ada kekuatan pulang ke rumah sewa yang menyimpan memori kami lima beranak apatah lagi 28 November ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11,” katanya.

a group of people looking at a phone: DR Wan Norashikin (kanan) melawat Shamshira dan anak bongsunya, Adeeb Hud di Kampung Sc Belt, Chenderong Balai di Teluk Intan. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Shamshira ditemui ketika ziarah kebajikan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di rumah ibunya di Kampung Sc Belt, Chenderong Balai di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, Shamshira berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan tiga anak mereka keluar membeli barang keperluan dan sempat makan bersama.

“Anak kedua yang suka makan jadi tidak mahu makan ketika kami makan bersama, manakala abangnya pula mahu makan kerana sebelum ini dia yang kurang makan.

“Arwah suami juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia hanya berpesan supaya berhati-hati ketika memandu sebelum dia dan dua anak menaiki treler,” katanya.

Shamshira berkata, dia perlu membiasakan diri tanpa insan tersayang biarpun hakikat itu perit untuk dilalui.

“Adeeb Hud paling rapat dengan arwah suami, namun dia masih tidak mengerti kejadian menimpa ayah dan abangnya, apabila melihat treler di jalan dia akan kata itu ayahnya,” katanya.

Arwah sempat makan tengah hari bersama'

Shamshira juga berterima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang mendoakan dan menziarah kami serta membantu hari kejadian hingga pengebumian,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Norashikin berkata, kerajaan negeri simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga itu dan akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban Shamshira yang tidak berkerja.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga bersedia membantu keluarga itu.

“Kerajaan negeri akan meluluskan bantuan Takaful Tabarru dan permohonan Kad Prihatin, manakala JKM juga akan memberikan kaunseling kepada Shamshira.

“Kami hadir menziarah, memberi sokongan dan menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri dan berharap Shamshira terus kuat dan tabah,” katanya.

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*