
Kes pembunvhan Siti Nur Surya Ismail di Hulu Terengganu mendapat perhatian ramai, bahkan sehingga hari ini ramai yang masih lagi terkesan dan sedih dengan kejadian tersebut.
Tak terbayang perasaan ahli keluarga yang terpaksa menanggung pemergian Allahyarhamah buat selama-lamanya.
Menerusi perkongsian terbaharu Ustaz Ebit Lew, beliau yang juga turut merasa pilu dengan kejadian tersebut mengambil pendekatan untuk melawat keluarga Allahyarhamah.
Ustaz Ebit Lew juga memberikan sumbangan dan berdoa bersama semua ahli keluarga.
Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah
Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.
Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.
Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga.



sumber : FB ebit lew /siakap keli
Leave a Reply