Datin Shahida Akui SPRM Memang Datang Rumah , Ini Kisah Sebenarnya..

Kuala Lumpur: “Aset-aset tidak disita. Saya masih boleh guna kereta milik saya seperti biasa dan ia tak dirampas,” kata Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang juga isteri usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ia bagi mengulas berita dua peguamnya yang merayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan aset-aset milik Aliff dan Shahida yang dibekukan sebelum ini apabila dikatakan terbabit dengan sindiket Macau Scam.

Dalam kiriman video itu, Shahida berkata, mereka memberi kerjasama dengan SPRM dan aset-asetnya tidak disita.

“Mungkin SRPM merasakan kami ada kaitan. Jadi, mereka ke rumah kami dan siasat. Mereka ambillah apa-apa benda yang mereka perlukan dan alhamdulillah, selepas disiasat kami tiada kena-mengena dan tiada kaitan,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Dalam masa sama, Aliff menerusi Instagram Story memuat naik video menjelaskan tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang menyebarkan fitnah.

“Semua benda yang membabitkan fitnah dan penyebaran berita palsu, saya akan ambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan dua peguam usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa undang-undang itu sebelum ini.

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kedua-dua peguam berkenaan, Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lepas dilepaskan.

Aliff Syukri telah menafikan dakwaan beliau terbabit dalam kes penipuan Macau Scam.Beliau sebaliknya memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Covid-19.

Selebriti kontroversi itu meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu ke atas perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.

Kredit: HMETRO/MalaysiaGazette

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*