
Kuala Berang: Polis tidak menolak kemungkinan rasa tidak puas hati akibat sering disindir dipercayai menjadi punca pembvnvhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, svspek ada membuat pendedahan mengenai motif kejadian itu ketika tampil ke Balai Polis Telem0ng dengan ditemani ibunya kira-kira jam 7.30 pagi semalam bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek berusia 19 tahun memaklumkan mangs4 sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakala bapanya hanya bekerja kampung berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.
“Svspek turut mendakwa kononnya mangsa suka mengejek dengan mengatakan yang dia tidak cantik berbanding dirinya dan kekurangan itu menjadi punca dia masih tidak mempunyai teman lelaki sehingga svspek sering memendam rasa.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pvnca sebenar kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
Mohd Adli berkata, selain pergelangan tangan mangs4 dipot0ng, pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kecederaan lain.
“Kita juga percaya berlaku pergelutan antara mangs4 dan suspek sebelum itu kerana kita ada menjumpai beberapa helaian rambut dalam genggaman mangs4,” katanya.
Siti Nur Surya dibvnvh kej4m dengan beberapa kesan tik4man dipercayai senjat4 taj4m di beberapa bahagian badan termasuk putvs pergelangan tangan kiri.
sumber : hmetro
Leave a Reply