Safawi Masih Tidak Turun Beraksi, Netizen Tunjuk Berang Dalam Laman Rasmi Kelab Portimonense.

KUALA LUMPUR: Peminat yang kcewa Safawi Rasid masih tidak diturunkan dalam aksi liga utama Portugal bertindak menyrang Facebook rasmi Portimonense malam tadi.

Ramai mengharapkan Safawi akan membuat kemunculan sulung dalam Primeira Liga menentang Santa Clara, malanngnya bintang sensasi negara itu tiada dalam kesebelasan utama mahupun simpanan.

Portimonense kalah 1-2 dalam perlawanan tersebut, kekalahan keempatnya musim ini, sekali gus menghuni tangga ketiga terc0rot.

Ini kali ketiga pemain berusia 23 tahun itu terlepas aksi liga utama sejak tiba di Portugal awal bulan lalu.

Dia sebelum ini tidak diturunkan dalam pertemuan menentang Maritimo pada 17 Oktober lalu yang disiar secara langsung di Astro Arena, malah tidak berada dalam skuad bertemu Tondela Ahad lalu.

Setakat ini, Safawi hanya beraksi buat skuad bawah 23 (B-23) Portimonense pada 16 Oktober lalu.

“Mals aku tengok. Pawi tak main gak. Tengok page Portimonense ni sana sini tag Sapawi dalam posting..sekali nama Sapawi xde pun dalam skuad.

“Bukan setakat first 11 dalam substituti0n pun xde nama dia..something wr0ng with this club..,” tulis pemilik akaun Facebook, Muhammad Abdullah.

“Ape punya team la…asyik klah je..dah la kalah pastu berlagak tak kasi safawi main,” kata Kamarul.

“No Safawi no win,” tulis Rizal.

“Yang aku cuma risavkan, kelab-kelab luar negara ni ambil pemain kita hanya untuk marketing pasukan dia orang. Dah sampai target, booommm!! babai!,” kata Mohd Nor.
Ada juga peminat yang menyerv Portimonense memvlangkan Safawi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beberapa peminat yang rasi0nal bagaimanapun meminta penyokong yang lain agar tidak memalvkan Safawi dan Malaysia dengan menulis perkara tidak baik di laman s0sial kelab Portugal itu.

Safawi tiba di Portugal bulan lalu selepas dipinjamkan selama semusim oleh JDT.

Pemain sayap kelahiran Terengganu itu adalah watak penting yang membantu JDT menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut, malah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim.

Antara Komen

Standard lah liga Inggeris ke Eropah ke. Walaupun pemain ternama kelab ni beli je lebih tapi Tak diturunkan utk bermain utk kesebelasan utama. Last last setahun duduk tepi padang pindah kelab lain pula. Itulah percatvran pengurus pasukan.

Pada pendapat saya … lebih baik gunakan masa yang tidak diturunkan itu…. berlatih sendiri…. bina semangat sendiri …tunjuk pada pengurusan yg Sapawi bersedia… dan berdoa kepada Allah…semoga Sapawi berjaya pada mentll dan fizlkal.

 

Sumber : UtusanMalaysia

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*