Jurulatih Cakap Khabib Bakal Buat U-trun, Kerana Nak Bersara Keputusan Emosi Beliau.

LONDON: Ketua jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez mendedahkan persaraan jaguh tempur itu adalah ‘keputusan em0sional’ sambil menyifatkan ‘hanya masa akan menentukan’ kepulangannya untuk kembali bertarung.

Juara lightweight itu merakam rekod 29-0 pada UFC 254 selepas menumbangkan Justin Gaethje di pusingan kedua, Ahad lalu.

Namun selepas tamat pertarungan itu, Nurmagomedov yang bertarung buat kali pertama sejak keh-ilangan bapanya mengumumkan yang dia akan bersara.

Tindakan itu jelas mengejutkan Mendez yang mengakui dia sama sekali tidak mengetahui keputusan yang dibuat jaguh berusia 32 tahun itu.

Namun Mendez tahu Nurmagomedov tenggelam dalam emosinya selepas kemenangan itu sekali gus enggan memikirkan mengenai kariernya.

“Melihat kepada emosinya, dia menangis dan fikirannya tidak tentu arah. Saya tidak tahu (persaraan) kerana dia pun tidak bercakap mengenainya. Tetapi saya faham be-ban bapanya mungkin terlalu berat untuknya.

“Anda lihat bagaimana dia menitiskan air mata, saya katakan kepadanya ‘saya sayang awak, menangislah sepuasnya. Khabib begitu beremosi dan mengapa dia mengambil tindakan sebegitu, saya tidak tahu.

“Saya tahu apa yang dia katakan tetapi dia begitu emosi jadi hanya masa yang akan menentukan (dia benar benar bersara).

“Tetapi saya tidak akan bercakap mengenainya. Itu bukan kerja saya. Kerja saya adalah untuk menyayanginya dan melatihnya apabila dia mahu bertarung,” katanya. -Agensi

Berikut pula kata-kata penghargaan Khabib buat jurulatih beliau

“Our connection will forever be fixed in my heart coach, you was a great inspiration for me always, since the first days I came to AKA.

Love you coach” tulis Khabib di IG rasmi milik beliau

Khabib tidak mahu cede-rakan Gaethje di hadapan ibu bapanya

LONDON: Khabib Nurmagomedov sanggup menukar gerakan kuncinya ke atas Justin Gaethje kerana dia tidak mahu mematahkan lengan lawan dari Amerika Syarikat itu di hadapan ibu bapanya.

Raja lightweight UFC itu mengekalkan rekod 100 peratus susulan kemenangan pada pertarungan UFC 254, kelmarin apabila dia menumbangkan Gaethje menerusi ‘triangle choke’ pada pusingan kedua.

Making the Grade: UFC 254: Khabib vs. Gaethje - MMA Fighting

Namun, berdasarkan laporan The Sun UK, apa yang menakjubkan, Khabib yang kehilangan bapanya akibat COVID-19 pada musim panas ini berpeluang untuk melakar kemenangan lebih awal apabila dia dapat mengunci lawannya dengan gerakan kegemarannya sekiranya keluarga Gaethje tidak hadir menonton pertarungan berkenaan.

Menurut bekas juara heavyweight, Daniel Cormier, Khabib bimbang sekiranya dia mematahkan tangan lawannya selepas mendengar komen Gaethje sebelum perlawanan yang dia tidak akan kembali melawan.

Sebab itu, Khabib menggunakan kaedah ‘triangle choke’ bagi menumbangkan lawannya itu dengan rekod 29-0.

“Khabib memberitahu saya ketika menonton temubual, dia melihat Justin berkata dia tidak akan melawan.

“Dia tidak mahu mence-derakan Justin di hadapan kedua ibu bapanya dan sebab itu dia menggunakan kaedah ‘triangle choke,” katanya. – Agensi

sumber : awani

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*