Ramai Tertanya Bagaimana Nama Kluster Wujud, Dr Noorhisham Kongsi Cara KKM Buat Kerja..

PUTRAJAYA: Pemilihan nama kluster COVID-19 di negara ini dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan latar belakang kes indeks bagi setiap kluster terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman atau tempat kerja kes indeks.

Beliau berkata, ia bagi memastikan komunikasi berkesan antara pihak yang terbabit dalam kawalan dan pengurusan kluster.

Covid-19: Utama cluster grows to 105; mall disputes Petaling district numbers

Kluster Utama dari pusat membeli belah One utama

“KKM mengambil maklum pandangan orang umum mengenai konsep yang digunapakai dalam menamakan kluster COVID-19. Selain itu, nama sesebuah kluster juga boleh dipilih bagi menggambarkan cara penyebaran jangkitan antara kes indeks dan kontak rapat.

“Antaranya Kluster Auto yang menggambarkan jangkitan kluster di tempat kerja membabitkan pekerja di syarikat automotif dan Kluster Inai yang menggambarkan jangkitan kluster bermula daripada majlis berinai,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian itu juga sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahu pun organisasi terbabit.

Kedah buka pusat rawatan khas Covid-19 di penjara | Harian Metro

Kluster Tembok dari penjara di kedah

Pada masa sama, beliau berkata, KKM juga sentiasa melakukan pengesanan kes secara aktif di lapangan bagi memastikan kesemua terbabit disaring dan diasingkan daripada komuniti sekiranya didapati positif jangkitan COVID-19.

Katanya, penting bagi masyarakat untuk memahami bahawa tindakan utama yang boleh melindungi mereka daripada dijangkiti COVID-19 adalahdengan mengamalkan segala nasihat seperti yang sering dimaklumkan oleh KKM dan juga dengan mematuhi segala prosedur amalan standard (SOP) yang ditetapkan.

“Cabaran utama bagi kita semua adalah dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan dipatuhi oleh semua individu dari segenap lapisan masyarakat,” katanya.

sumber : BH

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*