
Sebelum imi Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia meminta pandangan Cristiano Ronaldo tentang kunci kejayaan sebagai ahli sukan elit dan mengakui lebih meminati bola sepak berbanding UFC.
Atlet 32 tahun Russia yang belum pernah tewas itu, kini di puncak karier MMA tetapi pernah meminta nasihat daripada bintang bola sepak Portugal dan Juventus itu berkenaan kehidupan sebagai atlet hebat.
Cristiano Ronaldo ada meramalkan, Khabib Nurmagomedov akan memenangi perl4wanan bersaing dengan Justin Gaethje, pada UFC 254.
Ronaldo turut memberi ungkapan ‘Insya-Allah’ menerusi siaran langsung di laman Instagramnya.
“Sudah tentu Khabib akan memenangi perlawanan itu. Saudara saya, Insya-Allah!”…”
Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov saling mengenali serta pernah bertemu pada 2018, menyaksikan mereka bergambar bersama-sama memegang jersi Real Madrid.
Setelah Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC menewaskan petarung Justin Gaethje malam tadi, Ronaldo tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan tahniah di IG stories beliau..
“congrats bro , your father is proud of you”
Umum mengetahui bapa Khabib, Abdulmanap meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan COVID-19 pada Julai lalu.
Atas ketiadaan bapanya sebagai pengurus yang juga melatih dan menjadi guru yang mendorong beliau untuk berhenti dari sukan ini.
sumber : Ig Ronaldo, Awani
Leave a Reply