Hari Ini 10 Kes Kematian Akibat COVID-19 , Paling Tinggi Dalam Sejarah Sejak Mac Lalu.

PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 merekodkan kes kematian tertinggi hari ini dengan 10 kes.

Angka kematian tertinggi sebelum ini adalah 8 kes pada 29 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka korban terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian melonjak kepada 214 hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 710 kes baharu direkodkan hari ini dengan Sabah terus mencatatkan negeri tertinggi dengan 528 kes.

“Daripada jumlah itu, 1 adalah kes import membabitkan bukan warganegara dari Nepal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memperincikan kes harian, Hisham berkata, selain Sabah, Selangor menduduki tempat ke-2 kes harian tertinggi dengan 62 kes diikuti Pulau Pinang (39), Negeri Sembilan (37), Labuan (19), Kuala Lumpur (10), Perak dan Johor masing-masing 4 kes, Terengganu (2), Sarawak (2) sementara Kedah dan Pahang masing-masing 1 kes.

“Mobilisasi petugas kesihatan membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan.

“Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik dan membantu usaha menjalankan ujian RT-PCR dengan lebih cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata negeri di Lembah Klang mencatatkan pertambahan sebanyak 73 kes dengan 34 daripadanya adalah kluster sedia ada dan baharu.

“Sejumlah 180 kes (25.4%) pada hari ini adalah dari kluster Penjara Kepayan (140), kluster Penjara Reman (39), dan kluster Tembok (1 kes).

“Satu kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September sebanyak 466 kes,” katanya.

Secara keseluruhan, setakat hari ini seramai 8,416 kes sedang dirawat sementara 467 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya 15,884 kes.

sumber : Malaysiakini

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*