“Dekat Je mamat ni..abang bayar 10k Cash”- Syamsul Yusof Beri Habuan Siapa Jumpa Lelaki Ini.

Kehidupan sebagai selebriti tidaklah mudah seperti disangka. Ada masanya, nama akan diagung-agungkan sekali gus membuatkan ada yang menyimpan rasa iri hati.

Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.

Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan, Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba.

Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan. Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya.Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.

“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat. Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya.

Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan fitnah yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu.

Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan.

Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini. Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu. Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.

Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan fitnah terhadap dia dan keluarga.

Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di Instagram, seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Tidak mahu merungsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.

Terbaru Memetik Dari Muatnaik terkini Syamsul Di Laman Ig nya,seolah Beliau Sudah Mengenal pasti individu Yang sering menganggu hidup nya dan Sering mengugut dirinya.

Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni.

“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi.Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya.

Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

Kredit:IG Syamsul Yusof

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*