Tak Lepas Roadblock Walau Ada Surat Dari Majikan, Tak Semua Boleh Bekerja Dari Rumah

Kekeliruan arahan kerajaan yang mewajibkan sektor swasta turut bekerja dari rumah (BDR) mencetuskan beberapa masalah pada hari pertama pelaksanaannya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata beberapa laporan dan aduan diterima membabitkan pekerja yang bukan daripada bahagian pengurusan dan penyeliaan.

SURAT DARI MAJIKAN TIDAK LEPAS ROADBLOCK

PKPB: Sekatan jalan raya di Kuala Lumpur, Selangor terkawal - ismaweb

Katanya, pekerja berkenaan masih perlu ke pejabat, namun berdepan masalah apabila ditahan di sekatan jalan raya yang dilakukan polis dan tentera.

“Pekerja sebegini dikatakan harus mendapatkan permit daripada polis untuk bekerja sedangkan yang kita faham permit sedemikian hanya perlu apabila ingin melakukan perjalanan rentas daerah.

“Mereka sudah menunjukkan surat majikan yang memerlukan untuk bekerja di pejabat seperti biasa kerana bukan dikategorikan sebagai kakitangan di bahagian pengurusan dan penyeliaan, namun ia tidak diterima oleh polis.

“Sebaliknya, polis menyuruh mereka untuk berpatah balik dan bekerja dari rumah, selari pengumuman kerajaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

KENYATAAN MENTERI ISMAIL SABRI

Ismail Sabri: Melaka CMCO is fake news

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin mengumumkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta penyeliaan dalam Zon Merah di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), diarah bekerja di rumah berkuat kuasa hari ini.

Arahan terbaharu bagi mengekang penularan dan kewujudan kluster baharu COVID-19 di tempat kerja itu meliputi satu juta kakitangan di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

BUKAN SENANG UNTUK SEMUA ‘WORK FROM HOME’

Shamsuddin berkata, arahan BDR oleh kerajaan itu sukar dipenuhi oleh semua perusahaan dan syarikat yang beroperasi di Malaysia kerana saiz perniagaan berbeza.

“Ada syarikat kecil, sederhana dan besar, maka jumlah kakitangan di bahagian pengurusan serta penyeliaan juga berbeza, sekali gus menimbulkan masalah berbangkit.

“Bagi syarikat besar, mungkin mereka tiada halangan untuk melaksanakan arahan sedemikian, tetapi bagaimana dengan syarikat kecil yang hanya mempunyai lima kakitangan di bahagian pengurusan dan penyeliaan.

“Sukar untuk mereka memenuhi arahan sedemikian, justeru ini antara masalah yang timbul susulan arahan daripada kerajaan untuk mewajibkan BDR ini,” katanya.

Menyentuh keperluan menjalani ujian saringan, Shamsuddin berkata, ia turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan majikan, sama ada kakitangan yang tinggal di Zon Merah diwajibkan melakukan proses sedemikian.

Berdasarkan garis panduan, beliau berkata, hanya industri bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu mewajibkan kakitangan mereka menjalani ujian saringan.

“Tetapi kita tidak tahu apa industri yang dikategorikan bawah MITI sebenarnya.

“Oleh itu, kita nasihatkan ahli supaya tidak perlu lakukan ‘swab test’ (ujian saringan) kerana ia bukan mandatori walaupun membabitkan pekerja yang tinggal di zon merah,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*