Kongsi Foto Berbasikal Ke Genting Sempah, Tindakan Bella Dally Di Tahan Polis.

 

Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu apabila melihat hantaran dimuat naik artis wanita terbabit di akaun Instagram pada 3.14 petang semalam.

Bella Dally dikec4m kayuh rentas negeri – Soya Lemon

“Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.

“Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu.

“Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua wanita berkenaan bergerak dari rumah di Dutamas ke sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak dan meletakkan kereta di kedai terbabit pada 7.45 pagi pada 18 Oktober lalu.

Beliau berkata, mereka kemudian berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.

“Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur.

“Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Bella Dally dikec4m kayuh rentas negeri

Pelakon Bella Dally dikec4m netizen kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang pada ketika ini.

Kec4man diterima selepas Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, memuat naik sekeping gambar dia menyertai aktiviti berbasikal bersama rakannya semalam.

Menerusi gambar itu, Bella menulis kapsyen: “Wohoo Genting Sempah with @diyanabanana”.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon filem Desolasi itu kerana khuatir membawa jangk1tan Cov1d-19 di daerah dan negeri zon hijau.

Salah seorang pengguna Instagram, @official_erynawal mempersoalkan bagaimana Bella boleh merentasi sempadan Selangor dan Pahang.

“Mana boleh berbasikal, aku hendak pergi ke taman pun kena hal4u, ini pula berbasikal. Boleh melalui sempadan ke atau ada orang beri pelepasan?” katanya.

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*