
Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk Sabah dan Lembah Klang sebelum ini masing-masing ditetapkan akan berakhir pada 26 dan 27 Okt.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata situasi masih boleh berubah-ubah.
Kerajaan masih belum tahu sama ada PKPB akan disambung atau berakhir pada tarikh yang dinyatakan itu.
“Keadaan berubah dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media harian Covid-19.
Menurut beliau jika orang ramai patuh SOP yang dikeluarkan kerajaan, PKPB mungkin boleh ditamatkan segera.
“Amalkan disiplin diri seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan, penjarakan sosial dan mematuhi aktiviti yang dibenarkan, maka InsyaAllah (PKPB akan berakhir),” katanya.
Bagaimanapun, Ismail mengingatkan walaupun selepas PKPB berakhir, orang ramai masih perlu mematuhi SOP di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
3 Kematian Hari ini – 20 oct 2020
Kuala Lumpur: Empat hari berturut Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi angka 800 apabila 862 kes direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif direkodkan di negara ini sebanyak 22,225 kes.
Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 7,681 kes dan pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya.
“Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes dengan 235 kes direkodkan daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok.
“Selangor pula terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster dengan 132 kes baharu dengan 84 kes adalah daripada kluster sedia ada dan lapan kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat 95 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Leave a Reply