Bapa Masuk Hospital Positif COVID-19, Anak Tak Kuarantin Bila Report Polis, Bapa Terus Maki Penduduk Yang Kaki Report.

Seperti semua sudah maklum, sekiranya ada adalah kontak rapat kepada pesakit c0Vld19 haruslah kuarantin diri anda dan asingkan diri anda.

Bukan suka suka diminta kuarantin tetapi ini adalah untuk berhentikan penyebaran w4bak c0v19.

Sebelum ini banyak juga kes kes dimana ada individu yang ingkar arahan kuarantin dan keluar dari rumah atau pusat kuarantin. Perkara ini amat menyedihkan kerana sifat pentingkan diri sendiri membahayakan nyawa orang lain.

Seorang peguam bernama Nor Zabetha telah kongsikan satu gambar perbualan whatsapp berkenaan kisah sebuah keluarga yang tidak kuarantinkan diri mereka.

nor zabetha - REMAJA

Sikap beginilah menyebabkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat di negara kita.

Kisahnya, sahabat saya mengadu. Ada salah seorang bapa pelajar di sekolah anaknya, positif Covid. Bapa tersebut kini sedang dirawat di wad.

Semua ahli keluarganya tinggal di rumah. Walaupun si bapa di dalam wad kerana positif Covid, ahli keluarga langsung tidak peka dan bersikap pentingkan diri sendiri.

Dibiarkan anak kecil ini berlari-lari dan bermain-main di kawasan perumahan dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Penduduk lain jadi bimbang. Kalau saya pun pasti bimbang, sepatutnya satu keluarga ini perlu dikuarantin dahulu.

Ada seorang penduduk yang menghubungi pihak polis dan melaporkan tentang isu ini. Polis datang ke kawasan tersebut dan membawa anak ini bersama datuknya ke balai. Barangkali sebagai amaran kerana anak kecil begini tidak mungkin ditangkap.

Kemudian si bapa yang mendapat makluman berkenaan isu polis ini, terus menyerang group Whatsapp penduduk. Dituduhnya siapa yang mengadu itu babi dan dia akan cari siapa yang membuat aduan kepada polis.

Haihh. Saya fikirkan kalau sudah positif Covid, pasti sudah insaf memikirkan dugaan yang Allah berikan. Mungkin juga sedar bahawa penyakit ini tidak mengenal sesiapa.

Ini tidak habis dibabikan orang yang peka dan bimbang tentang kesihatan penduduk yang lain. Diugutnya pula hendak mencari si pengadu, nanti bila dia keluar dari hospital. Kalau dia keluar.

Gangster sungguh kau, bang! Bukan sahaja kau gangster, kau juga sejenis yang pentingkan diri sendiri. Orang macam ini kalau ramai di Malaysia, maka meningkat naiklah kes Covid di Malaysia.

Sikap tidak ambil peduli, tidak mahu dengar arahan, bebal dan keras kepala kepada begini mungkin boleh jadi punca peningkatan kes, seperti di USA yang setakat hari ini, jumlah positif Covid adalah 8.3 juta dan kematian telah pun mencecah 224 RIBU++.

Semoga jenis perangai begini adalah minoriti dalam masyarakat kita. Geram saya dengan sikap begini.

Kredit:  Nor Zabetha

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*