PU RIZ Banyak Bantu Neelofa Dalam Mendalami Agama Sehingga Beliau Nekad Berniqab

“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,”

Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober.

Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama.

Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan.

Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab.

Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat.

Tahniah Lofa! Sama-sama kita sokong dan doakan agar beliau terus istiqomah dalam setiap perkara yang dilakukan.

 

Sumber: hotfm

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*