Nurfatin Mohon Maaf, Namun Keluarga Mangsa Geleng Kepala Enggan Terima Permohonan Maaf.

Johor Bahru: “Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangs4,” kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi.

Nur Fatin, 23, yang juga pemandu Perodua Myvi menyebabkan kemat1an seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sabtu lalu, menyatakan demikian dengan linangan air mata ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahk4mah M4jistret di sini, hari ini.

Tertudvh kemudian dijatuhkan hukuman penjar4 enam tahun dan didenda RM8,000 atas kesalahan memandu di bawah peng4ruh ddhh.

“Saya mengaku salah dan sangat menyesal atas perbuatan saya.
ANGGOTA polis Trafik membawa pemandu Perodua Myvi wanita dengan menaiki kerusi roda yang didakwa di Mahkamah Majistret Johor. FOTO ZAIN AHMED

“Saya memohon maaf dan ampun daripada keluarga mangsa kerana menyebabkan kejadian ini,” katanya.

Namun, ayah mentua kepada Allahyarham Mohd Rizal yang yang duduk di galeri awam dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya.

Beliau turut menyatakan tidak akan memaafkan Nur Fatin, ketika wanita berkenaan sedang membuat rayuannya.

Ibu Nur Fatin yang turut hadir bersama abang dan kakaknya turut dilihat mengalirkan air mata sambil mengurut dada dan menyebut ‘Allahuakbar’ ketika mendengar rayuan anaknya itu.

Terdahulu, Nur Fatin yang memakai jaket berwarna hitam tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 8.40 pagi dan dilihat disorong dengan kerusi roda diiringi anggota polis trafik pengiring.

Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, pemandu Produa Myvi yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu dibawa menaiki kerusi roda memasuki kamar Mahkamah Majistret Johor Bahru. FOTO ZAIN AHMED

Sabtu lalu, polis dilaporkan menahan pemandu Perodua Myvi berkenaan selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, hingga menyebabkan Mohd Rizal maut.

Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial sejak Sabtu lalu menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.

Isteri, Anak Dalam Kesedihan, Sukar Untuk Maafkan

Johor Bahru: Keluarga Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi, 31, belum bersedia memaafkan pemandu wanita yang menyebabkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mavt dalam kemalangan Sabtu lalu.

Isteri Allahyarham Mohd Rizal, Nurul Asyiken Amir, berkata dia dan tiga anaknya masih berada dalam keadaan terkejut dan sedih sehingga memberi kesan emosi mendalam kepada mereka.

“Saya tidak dapat berikan jawapan sama ada kami maafkan pemandu wanita itu kerana sukar mengungkapkan kata-kata itu.

“Anak sulung berusia lima tahun sudah menonton video  itu dan kemudian bertanya ‘Mama kenapa perempuan itu langgar papa sampai mat1.’

“Hati saya hancur. Derita itu hanya saya dan anak yang akan tanggung. Bila awak kata wanita itu minta maaf kepada kami, sukar untuk kami terima,” katanya ketika dihubungi.

Pemandu Myvi Rempuh Kereta Anggota TLDM semalam Disahkan Positif Dadah ·  MYKMU.NET

 

Dalam pada itu, Nurul Asyiken yang juga guru agama di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, berkata kejadian berkenaan membuatkan emosi terganggu menyebabkan dia dan anaknya berada dalam kesedihan.

“Saya bukan tidak menerima suratan takdir, namun mengenangkan suami baharu sahaja menyambut hari jadi anak sulung sebelum kejadian itu berlaku, menyebabkan hati ini hancur.

“Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul dan gembira bersama, tiba-tiba jadi macam ini. Hati mana tidak sedih,” katanya.

Namun, Nurul Asyiken berharap wanita itu insaf dan menyesali perbuatannya selain tidak mengulanginya semula kesalahan sama pada masa depan.

“Saya harap benda ini dijadikan iktibar kepada orang ramai di luar sana supaya berhati-hati ketika memandu kerana sebarang kesilapan membuatkan ada keluarga hilang insan paling mereka sayangi, ” katanya.

sumber : hmetro