
UALA LUMPUR: Seramai 19 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras disahkan positif COVID-19, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata terdapat sebahagian daripada anggota dari IPD Cheras yang masih menunggu keputusan secara berperingkat, daripada Pegawai Kesihatan Daerah.
“Walaupun mereka (19 anggota positif C0VID-19), operasi balai dan IPD Cheras tetap berjalan seperti biasa dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengek4ng penularan C0VID-19,” katanya kepada Bernama.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Cheras yang telah membantu ketua polis Cheras dalam melakukan saringan dan pembersihan di sana,” katanya.
Difahamkan, kes terbaru itu dikesan selepas Kementerian Kesihatan melakukan ujian saringan berikutan seorang anggota polis di IPD berkenaan disahkan positif sebelum ini.
Dalam perkembangan berasingan Saiful Azly berkata, sebanyak 29 sekatan jalan raya dilakukan di sekitar ibu negara dan Putrajaya, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12.01 tengah malam tadi.
sumber : awani
Leave a Reply