
Kuala Lumpur: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat keluar dari Istana Negara dipercayai selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.
Beliau yang menaiki kereta Jaguar berwarna hitam dilihat keluar dari Istana Negara melalui pintu 2 pada 11.30 pagi.
Turut mengiringi kenderaan Anwar, sebuah lagi kenderaan Volkswagen berwarna hitam.
Anwar yang bersendirian di tempat duduk belakang kenderaan itu dilihat melambai dan tersenyum pada pengamal media yang menunggunya di luar pintu 2 Istana Negara mengadap Seri Paduka.
Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi mendapati turut kelihatan beberapa penyokong Anwar dilihat berada di lokasi melaungkan ‘Reformasi Anwar PM (Perdana Menteri ke-sembilan).
Bagaimanapun, individu terbabit bersama semua pengamal media diarahkan bersurai oleh pihak polis.
Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim selesai mengadap YDP Agong dan dilihat meninggalkan Istana Negara pada 11.30 pagi tadi. Media cuba mendapatkan kepastian jika ada sidang media susulan. Maaf visual kurang memuaskan. #PolitikMalaysia @501Awani pic.twitter.com/tyBN2m7o2m
— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
Media juga menerima perkhabaran bahawa seorang pemimpin kanan dari parti UMNO akan masuk mengadap YDP Agong di Istana Negara petang ini. Apa-apa pun kami akan terus cuba mendapatkan pengesahan mengenai khabar tersebut. Teruskan bersama @501Awani #PolitikMalaysia
— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
Tunggu jam 2 PM
Pengarah Komunikasi Keadilan PKR YB @fahmi_fadzil mengesahkan sidang media DS Anwar Ibrahim pukul 2 petang ini. @501Awani akan membawa sidang media berkenaan secara langsung. #PolitikMalaysia
— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
sumber : metro/ twitter
Leave a Reply