
Kuala Lumpur: Kerajaan akan mencari jalan untuk membantu rakyat sekiranya terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bebanan PKP sebenarnya adalah sesuatu yang amat besar dan menjejaskan terutamanya dalam sektor ekonomi.
“Kita sudah lock down dulu, kesan besar kita sudah nampak. Sekatan yang membawa kesan besar kepada ekonomi. Kalau kali kedua berlaku PKP saya tak boleh nak ramalkan. Sudah hampir RM300 bilion kita belanjakan untuk membantu rakyat yang sebahagian besarnya sudah pun kita salurkan.
“Kalau berlaku PKP kali kedua, kita perlu menyediakan jumlah yang jauh lebih besar. Kesan kepada berbelanja lebih besar. Jadi strategi yang kita ada sekarang ini, jangan kita fikir soal itu, dalam gelombang ketiga kita kena ambil langkah apa yang perlu. Baik belanja lebih daripada perlu berbelanja berhemah,” katanya.
Katanya, setakat ini apa juga keperluan, bantuan dan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diluluskan seratus peratus membabitkan peruntukan RM2 trilion.
Menurutnya, kerajaan sentiasa proaktif dan tegas serta tindakan awal untuk membendung situasi buruk daripada berlaku.
“Saya tak nak doakan. Tetapi kalaulah keadaan menjadi buruk, dan meningkat luar biasa, maka akan adalah langkah. Kita akan cari jalan untuk membantu rakyat kita.
“Tapi saya fikir biarlah kita lalui keadaan ini dulu sementara kita memikirkan langkah yang akan diambil,” katanya.
sumber : hmetro
Leave a Reply