
SHAH ALAM: Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa tengah malam 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.
KELIHATAN penduduk sekitar Sungai Buloh, Selangor sibuk membeli belah di Central Mart, Saujana Utama di sini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yg akan berkuat kuasa tengah malam esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara berkenaan dalam sidang akhbar hari ini.
Antara larangan dalam tempoh PKPB adalah pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. -UTUSAN
Keadaan lain-lain supermarket di Selangor
Leave a Reply