Seramai 105 Kontak Rapat Datuk Dr Zulkifli Al Bakri Buat Ujian Saringan COVID-19, Keputusan Telah Pun Di Ketahui..

Seramai 105 kakitangan dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjadi kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disahkan negatif COVID-19.

Berdasarkan kenyataan dalaman dikeluarkan UKM yang dilihat BH, ujian saringan pertama virus itu yang dilakukan 45 kakitangan universiti berkenaan pada 5 dan 6 Oktober lalu, didapati negatif.
- Foto hiasan
Selain itu, 60 pelajar UKM yang menjadi kontak rapat Zulkifli dan menjalani ujian saringan pertama pada 6 Oktober lalu turut disahkan negatif, manakala tiga lagi pelajar masih menunggu keputusan.

Bagaimanapun, semua kakitangan dan pelajar yang sudah disahkan negatif itu masih diwajibkan menjalani kuarantin sehingga tamat tempoh 14 hari.

“Ujian saringan kedua akan dilaksanakan semula kepada semua yang terbabit pada satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Hulu Langat, Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh mengakibatkan tindakan tatatertib diambil oleh pihak pengurusan universiti ke atas individu yang ingkar,” jelas kenyataan dalaman itu yang dikeluarkan Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM, hari ini.

Zulkifli mengesahkan beliau positif COVID-19 pada 5 Oktober lalu dan menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober, untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di klinik kesihatan dengan segera.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu pernah menghadiri satu majlis di UKM pada 4 Oktober lalu untuk menyampaikan bantuan kepada pelajar, sehari sebelum beliau disahkan positif COVID-19.

Terdahulu, Naib Canselor USIM, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam satu kenyataan turut mengesahkan semua kakitangan universiti itu yang menjadi kontak rapat Zulkifli disahkan negatif COVID-19 hasil ujian saringan pertama.

Selain itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin juga memaklumkan 23 individu di negeri itu yang mempunyai kontak rapat dengan Dr Zulkifli juga negatif virus berkenaan, namun tiga daripada mereka perlu menjalani ujian saringan kedua

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*