Bot Karam, Anak Sempat Di Selamatkan Nelayan Namun May4t Bapa Di Jumpai Terapung Selepas 3 Hari.

Pelabuhan Klang: May4t mangsa bot karam dijumpai 2 batu nautika barat daya Pantai Kelanang, 10.30 pagi, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, mayt yang dijumpai adalah nelayan bot fiber yang keluar mencari udang bersama anaknya.

“May4t Abdul Rahman Mat Kasim, 66, dijumpai oleh nelayan dalam keadaan terapung lengkap berpakaian.

“May4t dibawa ke Jeti Kelanang oleh Bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diiring oleh Bot Petir 90 untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga dan seterusnya dibawa ke Hospital Banting untuk siasatan lanjut.

“Operasi Carilamat Tanjung Sepat ditamatkan pada jam 1 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Rosli berkata, pencarian mangsa bot nelayan tempatan Kelas C diteruskan di Kuala Selangor dengan keluasan 105 batu nautika persegi.

“Agensi yang terbabit adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Dua mangsa yang masih hilang adalah warga Indonesia yang menaiki bot nelayan tempatan Kelas C pada Khamis lalu. Operasi diteruskan sehingga 7 malam ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Banting 2.30 petang hari ini.

Khamis lalu, bot fiber dinaiki Abdul Rahman dan anaknya, Mohd Farizal Abdul Rahman, 40, karam akibat cuaca buruk, 2.9 batu nautika di perairan Tanjung Sepat.

Anak mangsa diselamatkan oleh nelayan berhampiran.

Hidup sebagai seorang nelayan semestinya bukan kerja yang mudah. Apatah lagi setiap hari perlu turun ke laut untuk mencari rezeki dan berdepan dengan pelbagai risiko.

Semalam tular di media sosial satu video yang merakamkan kejadian seorang lelaki di tengah laut sedang berpaut pada pelampung.

Video yang dikongsikan di Facebook Mohd Sofi itu dilihat sekumpulan nelayan menjumpai seorang lelaki yang terkapai-kapai meminta bantuan.

Terapung lebih 6 jam, bapa lem4s dan tenggelam

Kejadian yang berlaku di kawasan perairan Batu Laut, Banting itu dikatakan mangsa bersama bapanya telah hanyut dibawa ombak apabila bot milik mereka kar4m.

Mangsa dipercayai telah berpaut pada pelampung selama lebih 6 jam sejak botnya kar4m pada jam 10 pagi dan kemudiannya ditemui oleh nelayan lain pada jam 4.50 petang.

 

Ketika proses menyelamatkan mangsa, suasana cemas terus bertukar sedih apabila mangsa memberitahu bapanya telah lem4s dan tenggelam dibawa arus.

“Bapa saya dah tenggelam encik”

Setibanya di jeti Batu Laut, m4ngsa telah dibawa oleh ambulan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Sumber :Lobak Merah via woojetshirofans

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*