Tak Sangka Selepas Melecur Teruk Di Sambar Api , Ali XPDC Terima Berita Baik Buat Dirinya

Klang: “Apa yang berlaku kepada saya ada hikmahnya. Kita kena bersangka baik dengan Allah.

“Walaupun benda itu menyakitkan dan nampak menderita, saya reda,” kata penyanyi XPDC, Ali, 52, mengulas kejadian dirinya yang melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki selepas disambar api pada 26 Mac lalu.
Ali berkata, untuk setiap orang belajar reda memang sukar, tetapi dia berjaya mendapatkannya apabila berhijrah ke arah keagamaan.

PENGETUA Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith (Al-Muqwa), Amran Johari bersama Ali (kiri) ketika Majlis Pelancaran serta Kontrak Penjanjian sebagai Duta Pemasaran di Madrasah Ulumuquran Wal Ahadith (Muqwa Al-Muqwa), Jalan Rantau Panjang, Klang. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL

   “Apabila dah berhijrah banyak perbezaannya. Saya belajar banyak benda dan bersangka baik.

“Setiap apa yang Allah tentukan ada kebaikannya,” katanya kepada Harian Metro.

Kejadian itu menimpa Ali ketika dia membakar sampah di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang sebelum api menyambar bahagian muka dan tangan apabila dia menggunakan petrol.

Mengulas proses pemulihan yang dilalui, Ali berkata dia hampir pulih sepenuhnya namun masih perlu berhati-hati ketika bergerak.

“Alhamdulillah…keadaan saya semakin pulih. Cuma, masih ada rasa sakit terutamanya pada bahagian kulit yang baru tumbuh.

“Pelbagai bantuan dihulurkan oleh banyak pihak seperti produk untuk mengurangkan kesakitan serta menyembuhkan luka dan saya amat berterima kasih terhadap keprihatinan mereka.

“Bagaimanapun tak semuanya serasi dengan kulit saya. Namun saya bersyukur apabila satu produk iaitu Yulins Body Oil sesuai untuk saya,” katanya.

Ali berkata, produk yang menggunakan bahan daripada sumber asli ini begitu serasi dengan kulitnya.

“Pemiliknya tengok penderitaan saya di Facebook dan nak bantu. Kebetulan, dia juga peminat saya.

“Mulanya saya diberikan produk ini untuk dicuba. Alhamdulillah, ia berkesan dan selepas ini saya akan dijadikan sebagai duta.

“Inilah yang dikatakan kita kena bersangka baik dengan Allah. Siapa sangka rezeki saya datang menerusi cara ini. Nak mengharapkan show memang belum ada,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali kini turut dilantik sebagai duta Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith di Klang.

Dia berharap masyarakat akan bersama-sama membantunya memberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk menyediakan kemudahan bagi keselesaan pelajar di situ mengikuti pengajian agama.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*