Selepas Bagi Diskaun Rangsangan Ekonomi, Ada Pengumuman Lebih Baik Dari TNB Hari Ini..

KUALA LUMPUR – Lebih tujuh juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus berdasarkan penggunaan elektrik bulanan dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

Pengurangan ini merupakan sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap usaha kerajaan bagi mengurangkan impak C0vld-19 kepada rkyat dan langkah yang diambil kerajaan bagi membantu rkyat menyesuaikan diri dengan pemulihan semula ekonomi negara ketika ini.

TNB berkata, pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rngsangan Ekonomi Prihatin Rkyat (PRIHATIN).

Menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, bagi menyokong usaha kerajaan ini, TNB juga turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.

Inisiatif itu adalah Pelan Bayaran Mudah (pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan), pengecualian surcaj lewat bayar (bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020) dan ketiga, penangguhan aktiviti pemotongan bekalan, kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan daripada pihak berkuasa.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web TNB (www.tnb.com.my/prihatin).

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau kunjungi Kedai Tenaga berdekatan. –

sumber : MalaysiaGazette

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*