Satu Lagi Pekerja Outlet Di 1 Utama Positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.

Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19

Proses disinfeksi sedang dijalankan di sekitar premis terbabit yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama di Petaling Jaya.- Foto Facebook Parkson Malaysia

Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kami telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi dijalankan seperti mana ditetapkan oleh KKM.

“Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu,” jelasnya dalam kenyataan media pada Khamis.

Pada masa sama, semua kakitangan turut menjalani ujian saringan dan dinasihatkan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Pengurusan Pusat Membeli Belah 1 Utama turut memaklumkan pengesanan kontak rapat masih dijalankan ketika ini.

Sumber : ASTRO AWANI

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*