Bermula Tengah Malam, Ini Senarai 36 Kawasan Yang Terlibat PKPB Di Klang.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi kenyataan dikeluarkan petang ini menyenaraikan 36 kawasan terlibat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di mukim Klang bermula tengah malam ini.

a group of people standing in a parking lot: GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Kawasan terlibat adalah:

1. Bandar Bukit Tinggi

2. Kampung Johan Setia

3. Kampung Bukit Naga

4. Kampung Perigi Nenas

5. Kampung Kuantan

6. Kampung Serdang

7. Bandar Puteri

8. Kampung Sungai Kandis

9. Taman Sri Andalas

10. Lorong Sungai Udang

11. Taman Suria

12. Mutiara Bukit Raja

13. Bandar Klang

14. Pangsapuri Bukit Kuda

15. Ken Jimbaran

16. Pangsapuri Palm Garden

17. Taman Andalas Permai

18. Taman Desa Meru

19. Taman Seri Lembayung

20. Taman Gembira

21. Kampung Delek Kiri

22. Taman Kim Batu Belah

23. Kampung Sungai Udang

24. Taman Klang Perdana

25. Taman Bayu Perdana

26. Taman Klang Utama

27. Taman Sentosa

28. Taman Pendamar Indah

29. Jalan Dato Dagang

30. Taman Sejati

31. Jalan Haji Tarmizi

32. Taman Setia

33. Jalan Kebun

34. Taman Sri Muda

35. Jalan Muhibbah

36. Taman Tenaga Bakti

Semua sektor ekonomi di Klang, dibenarkan terus beroperasi seperti biasa, dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelonggaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah itu diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya, pagi tadi.

Katanya, pertimbangan sedemikian dibuat kerana Klang adalah pusat aktiviti perindustrian yang besar dan hab utama bagi pelabuhan kontena di Malaysia, dengan sumbangan perdagangan di Pelabuhan Klang melebihi RM400 bilion pada tahun lalu.

“Pihak berkuasa diarah untuk meningkatkan penguatkuasaan pematuhan SOP untuk menjamin keselamatan pekerja-pekerja dan rakyat di Klang.

“Kerajaan menyedari bahawa syarikat dan industri termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melabur untuk mewujudkan kemudahan dan langkah-langkah keselamatan serta protokol kesihatan tambahan di premis pekerjaan masing-masing sejak kerajaan membuka semula operasi sektor ekonomi pada awal Mei lalu.

“Justeru, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin mengingatkan bahawa syarikat-syarikat dan industri yang berkaitan wajib mematuhi SOP ditetapkan.

“Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan operasi diberhentikan serta merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut akta serta peraturan semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengumumkan Klang, Selangor dan tiga daerah di Sabah, iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran akan dikenakan PKPB, mulai tengah malam ini.

Langkah bagi menangani peningkatan penularan jangkitan kes COVID-19 di empat daerah yang diisytiharkan sebagai zon merah itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mohamed Azmin menjelaskan keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor ekonomi di Klang beroperasi seperti biasa ketika PKPB dibuat selepas mengambil kira keperluan mengimbangi perlindungan keselamatan dan kesihatan rakyat serta menjamin kelangsungan pekerjaan.

“Selain itu, ia usaha mencerdaskan ekonomi dan memastikan tiada gangguan rantaian bekalan seperti logistik, pengangkutan, makanan, minuman serta lain-lain.

“Dalam memastikan keberkesanan dan kemampanan fasa pemulihan ekonomi pada masa ini, kerajaan bertegas tidak akan berkompromi dalam usaha menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*