Kita Boleh Menang Dengan Jaga Satu Sama Lain Bukan Pakai Rotan- Doktor Ini Bidas Kata-Kata PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Cara untuk menang dalam peperangan mengekang pandemik Covid-19 adalah dengan menjaga satu sama lain dan bukannya menggunakan rotan, kata seorang petugas barisan hadapan.

Pakar jantung Dr Beni Rusani berpendapat sedemikian selepas pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mahu hukuman dikenakan terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Terima kasih kepada jururawat yang memeriksa penutup leher saya selepas gambar ini.

“Kita boleh menang perang ini dengan menjaga satu sama lain, bukan pakai rotan,” catatnya di Twitter.

 

Muhyiddin dalam nada gurauan semasa perutusan khas semalam berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Petugas barisan hadapan dari agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat awam untuk memastikan pematuhan. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan,” katanya.

Kes positif Covid-19 terus meningkat kepada 691 kes, jumlah tertinggi setakat semalam, umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala empat kematian dilaporkan, salah seorangnya bayi perempuan berusia setahun di Semporna, Sabah.

sumber : msn
Netizen Tak Setuju Dengan Lawak Rotan PM

Ternyata, gaya bersahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berseloroh mengenai “Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan sekarang” ketika perutusan khas COVID-19 semalam tidak disenangi segelintir netizen.

Rata-rata mereka meluahkan pendapat kurang senang malah tidak kurang juga ada yang melemparkan kritikan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Tak Kena Masa

Berikutan itu, trending di media sosial ketika ini dengan tanda pagar #MuhyddinIsOut oleh pengguna Twitter yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perdana menteri itu.

Menerusi posting seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Faizal Hamssin, dia berpendapat bahawa tidak sesuai untuk Muhyiddin berseloroh memandangkan peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Ditambah pula dengan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut merekodkan kematian seorang bayi berusia setahun akibat wabak tersebut.

“Tolonglah, penulis teks ucapan perdana menteri. Bayi berumur setahun baru meninggal dunia kerana Covid-19. Kes direkod paling tinggi sejak wabak melanda.
“Orang ramai marah, bimbang, takut. Terlalu banyak rasa tidak terjamin mengenai masa depan,” tulisnya di Twitter.

Tak kelakar!

Rotan menteri dulu

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, Magendran Ganesan meminta beliau untuk melaksanakan ‘hukuman’ berkenaan kepada menteri lain terlebih dahulu yang dianggap sebagai punca peningkatan semula penularan pandemik itu.

“Abah rotan menteri kamu yang tidak relevan. bukan salahkan rakyat marhaen,” tulisnya.

Lakukan yang lebih baik.

Rakyat risau

Diharapkan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan negara kembali pulih daripada wabak Covid-19 tidak lama lagi. Amin!

Sumber: Twitter/borakdaily

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*