
Hunny Madu mengakui hubungan dengan kekasihnya yang berasal dari Itali semakin serius.
Kata Hunny, dia dan Fedrighi Francesco sudah saling berjumpa dengan keluarga masing-masing.
Kredit foto: IG
“Hubungan kami agak serius setakat ini tetapi jika ada apa-apa saya akan umumkannya nanti.
“Kami juga sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing, malah dia sangat rapat dengan keluarga saya.
“Kebetulan pula, dia sudah lama tidak bercuti dan keluarganya juga jauh di Itali. Jadi sebab itu kami mengajaknya bercuti sekali.
“Saya rasa tak salah pun dia ikut sekali kerana dia pun berkongsi bilik dengan adik lelaki saya di sana,” katanya
Di Instagram, penyanyi ini juga ada berkongsi foto mesra dengan kekasihnya ketika bercuti ke Langkawi.
Buat pengetahuan Francesco merupakan cef antarabangsa yang bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.
Beliau telah bercerai dengan bekas suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2019
Sumber :cari
Leave a Reply