“Terkilan.. Dato Balik Sabah Tak Kuarantin Diri “- Netizen Mula Pertikai Menteri Agama Gagal Kuarantin 14 Hari.

Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri didakwa positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Sumber memberitahu, ketika ini kesemua kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan sudah diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.

Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Pada 25 September pula, beliau menghadiri program hari terbuka Yadim di Kelantan dan tidak menjalani kuarantin wajib.

Dikatakan juga Senator itu tidak berapa sihat sejak Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa anjuran program.
]
Pada semalam, Zulkifli telah menyampaikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.

Di Twitter, warganet mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.

sumber: twitter / malaysiadateline

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*