
Kerajaan sedang menlnaju harga indikatif pemerolehan bagi vaksln C0vld-19 yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang bagi rkyat negara ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bkar.
Memetik laporan Astro Awani, beberapa vaksln ditawarkan kepada negara ketika ini dengan harga berbeza dan ker4jaan perlu mengkaji setiap vaskln terlebih dahulu.
“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantvng kepada rundingan.
“Ada beberapa vaksln ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksln mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik laporan Astro Awani.
Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh ker4jaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.
Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksln itu.
Sumber: Astro Awani
Leave a Reply