
Salam. Aku wanita beruisa 30. Anak sulung dari 5 beradik dan satu-satunya anak perempuan.
Mesti korang ingat aku manja kan? Adik laki aku dapat layanan best dari mak bapak aku kot. Aku? Dah macam ketua keluarga.
Dari kecik family aku sederhana je. Sampai satu masa waktu 90 an dulu ada kes kegawatan ekonomi.
So ayah aku ekonominya juga terjejas sampai sanggup pi main j***. Mcm mana aku tau? Waktu kecik dulu ayah bwk kami keluar dan parking dekat2 dgn kedai 4d.
Aku pun mengeja lah perkataan signboard kt kedai tu… “Sports tot0..”
Dah tau aku nak pi amik result boleh buat tak penting je. Mungkin dorg ingat result aku sendu. Kawan2 aku pun call dari sekolah ckp aku dapat 7A2B.
Tak percaya aku. Bila ayah mak aku sampai rumah je aku bagitau nak pi amik result. Masa ni aku tak bagitau lagi result aku berapa.
Tapi dorg taknak pi sebab nk balik kg. Sampai kt kg baru aku bagitau result aku berapa. Aku tak kecik hati tapi terkilan je…
Masa tahun pertama masuk u kami berpindah ke Taiping. Cuti semester je mesti aku saje tak nak balik. Sebab aku malas nk amik tau pasal rumah tu.
Duit ptptn aku ayah aku yg conquer. Dpt la aku duit mkn. Nk buku fotostet je kat org, mlm2 mkn nasi lemak singgit. Result aku kat u 2.7 je.
Baru aku tau jugak ayah aku akan selalu singgah club ni sebab main mesin j***. Mcm mana aku tau ek. Dia angkut mak dgn aku sekali.
Tapi kami kena tunggu dlm kereta la. Sedih aku waktu ni bila tau perangai ayah tak berubah jugak.
Kenapa aku tak nasihat? Diri aku ni jadi pendiam je kt rumah sebab aku malas nk ambil tau dah. Aku kecewa dan selalu buat hal sendiri.
Pasal first job aku tadi, aku pun resign setelah 11 bulan bekerja. Sebab apa? Sebab aku tak bahagia.
Kerja senang tapi hati tak senang. Aku sedih tak dapat pegang duit gaji sendiri. Ye ni cara aku memberontak dgn ayah aku.
Ok fine aku redha. Psiko kan. Satu hari tu aku test ayah aku. Aku kata aku mampu bagi sikit je bulan ni. Punyalah melenting ayah aku.
Dia psiko kan aku plak katanya ulang alik hantar aku pi kerja dekat rm800, dgn minyak naik, gst, bla3… Aku malas aku bagi jela mcm biasa.
Tu pun duit brim aku pun ayah aku nak jugak. Bila aku tak bagi biasala aku akan dapat maki.
Oh aku kerja kilang je bahagian ofis. Selalu gak la kena hina dengan ayah sebab kerja kilang je.
Dan akhirnya 2 org adik aku dh graduate jugak. You all tau tak adik aku pun kerja kilang jugak. Tapi aku tak pernah dengar ayah aku hina adik aku.
Mak ayah aku tercucuk. Masa mula2 tu aku tak faham hint makcik aku duk tuduh bf aku tau. Bila jumpa bomoh, dia asyik ckp bf sy ke yg buat?
Padahal semua bomoh ckp kwn/saudara yg buat. Aku terjebak nk jmpa bomoh dr makcik aku ni. Kali seterusnya nk jmpa bomoh lain mmg aku maki dia cukup2. Ayah aku jugakla ikut ideea makcik aku. Mak aku? Dia follow je ckp ayah aku.
Sian bf aku. Tapi aku tak pernah cerita kt dia la. Takde motif pun dia nk buat aku sakit. Aku dh la takde harta.
Takkan la dia nk kahwin dgn org sakit kan. Masa aku kena tahan wad, ayah aku dh pindah rumah lain. Alasannya nk lari dari org yg hantar sihir kt aku.
Masa ni aku tak sedar dia nk hint kt bf aku. Aku kena kuarantin kt rumah sebulan untuk pulih pulak.
Ayah aku ajak jumpa bomoh lagi. Memang keras la aku nk ikut. Aku bagi ceramahh baru dia tak ajak dah. Aku ckp syirik je pun jumpa bomoh2 ni.
Satu hari kakak bf tunang, so aku tak dapat pi sebab takde kereta. Aku kirim jela kt bf nk laksa yg mak dia buat. Sebab aku ni hantu laksa.
Lepas maghrib baru bf free sikit nk hanta kt rumah. 6 tupperware dia hantar. Ayah aku marah. Dia suh buang semua laksa tu sebab takut ada santau. Ayah aku marah kenapa bf mai rumah lagi.
Bermula lah episod sedih aku. Masa harijadi aku ke 29, mak aku cakap dia tak restu aku kawan dgn bf dah. Dia cakap bf tak layak untuk aku. Semudah tu je.
Cincin risik semua mak ayah aku simpan. Dorg cakap cincin tu terkena sihir. Sakit hati aku. Mak ayah aku tak kasi aku keluar rumah. Dikuarantinye aku.
Kalau mak ayah orang lain aku ras mereka pasti seronok tengok anak perempuan nk kahwin. Tapi aku? . Ada kawan2 aku bg pendapat yg makayah aku tak kasi bg kahwin sebab takut aku tak bagi duit lagi.
Aku nk je keluar dari rumah ni. Tapi bila difikirkan, bila aku keluar rumah adakah aku dikategori sebagai anak derhaka? Sorry panjang sangat apa tg terbuku dihati
– Ila
Leave a Reply