Timbalan salah cakap isu Veveonah, Menteri tampil bersuara

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin melakukan kesilapan susulan kenyataan dikeluarkan semalam.

Ia berkaitan kisah remaja dari Pitas, Sabah, Veveonah Mosibin yang didakwa Zahidi tidak menjalani peperiksaan ketika mencari capaian internet di atas pokok yang kisahnya tular baru-baru ini.

Zahidi mohon maaf dakwa Veveonah tak ambil peperiksaan

Menurutnya, Zahidi akan memperbetulkan kenyataan yang telah tercatat di dalam hansard itu apabila hadir ke Dewan Negara.

“Pada saya itu adalah satu kesilapan dan beliau telah memohon maaf,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Tanjak Merdeka di kementeriannya di sini, hari ini.

“Jujurnya Saya Kecewa” – Pelajar Jawab Exam Atas Pokok, Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara!

Pelajar serta YouTuber, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah palsu.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting terbaru di Facebooknya.

Menurut Veveonah, dia agak sedih kerana telah sedaya upaya berusaha untuk menjawab peperiksaan secara atas talian ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

“Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik.

“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan.

Tambah Veveonah, dia juga tidak menyimpan dendam kepada orang ramai yang selama ini memberi komen berbaur penghinaan.

“Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri.

“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Veveonah terus cekal untuk berkongsi video menarik di YouTube.

Untuk rekod, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube, Jun lalu.

Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan disebabkan capaian internet yang lemah.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*