Bapa Menangis Bila Nampak Sahaja Rayhan Kabir, Sekrg Dia Sudah Mula Luahkan Kata-Kata Ini Sebaik Pulang ke Kampung

Dah pulang ke kampung di Bangladesh, Rayhan Kabir mula luahkan kata-kata ini

Dengan bergelinang Air mata kegembiraan menyambut kepulangan warga Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka pagi ini setelah lama berpisah dengan orang tersayang.

Siapa menyangka ianya berakhir dengan penangkapan Md Rayhan dan selepas tiga minggu didalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sumber Dari Akhbar Bangladesh, The Daily Star melaporkan bahawa ayah Rayhan, Shah AlIam, berada di lapangan terbang untuk menunggu kepulangan anaknya itu.

Md Rayhan telah pun dijadualkan tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi setelah dihantar pulang tanpa pendakwaan susulan kenyataannya dalam dokumentari kntroversial di pusat siaran berita Al-Jazeera.

“Kami dengan sabar menunggu anak kami pulang kepada kami. Dia ada di sini sekarang.”

“Kami ada peluang untuk menyambut hari lebaran bersama-sama nanti” kata Shah lagi.

Ini Kata-kata Rayhan

Sumber dari The Daily Star turut melaporkan suasana penuh dengan penuh emosi itu antara Md Rayhan dan bapanya, beberapa ketika sebelum mereka pulang ke kampung di Narayanganj, Dhaka.

“Saya tidak dapat menjelaskan kegembiraan ini. Sudah berapa kali saya datang dan pergi dalam tempoh enam tahun terakhir. Tapi perasaan kali ini sangat berbeza,” kata Rayhan.

“Bangladesh saya, tanah air saya, ibu saya, ibu bapa saya… Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini kepada siapa pun.”

“Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang berada di sisi, ketika saya di dalam dan luar negara,” kata Rayhan

Terdahulu Rayhan yang telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dibuat dalam dokumentari 101 Timur Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s L0ckdwn”.

Rayhan sebelum ini mengatakan apa yang dia nyatakan dalam wawancara itu adalah berdasarkan pemerhatian peribadi dan ini bukan kerana terganggu oleh pengalaman peribadinya sendiri yang terkurung di Malaysia.

” Saya tidak mahu mengubah diri saya. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi apa yang terbaik kepada orang lain,” katanya.

Disenarai hitam, bermakna Rayhan Kabir tidak dapat lagi memasuki Malaysia

Malam tadi, berakhir sudah kisah  Md Rayhan Kabir yang datang mencari rezeki di Malaysia namun akhirnya dihantar pulang ke negara asalnya oleh pihak berkuasa.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum itu berkata Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam tadi, Md Rayhan dilihat tiba di KLIA menaiki van Jabatan Imigresen (JIM) pada 9 malam diiringi lapan pegawai jabatan berkenaan dan tangannya bergari.

Malah Md Rayhan Kabir juga dilihat sempat melambaikan tangannya kepada pengamal media sebelum keluar dari negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Pihak Imigresen juga telah mengatakan, Md Rayhan akan akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan.

Rayhan sebelum itu juga sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menjelaskan beliau tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

Sumber:asiakini

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*