Berucap Depan 500 Pengundi, Najib Sendiri Mengaku ‘Sy Belanja 99% Dana (RM42 juta itu) Bagi Kepada..

Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas perdana menteri hari ini meminta pengundi menunjukkan rasa simpati mereka kepada dia dengan memenangkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

Berucap di hadapan hampir 500 pengundi dan penyokogn BN dalam ceramah sulung gabungan itu di Felda Gunung Besout 1 hari ini, Najib juga memberitahu bahawa PRK kali ini merupakan pembuka tirai kepada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

” Zaman PH, dahlah kita ditvduh macam-macam… Saya ditvduh pencuri. Tapi, setakat ini di mhkamah baru disabit satu kes RM42 juta.

” Itu pun 99 peratus saya belanja dana untuk kebajikan dan kerja amal politik. Ini terbukti di mhkamah.

” Saya belanja 99 peratus dana (daripada RM42 juta itu) bagi pada UMNO, BN, rumah penyayang anak yatim dan tahfiz. Pun saya didenda. Mana patut?” katanya.

Menurut Najib yang disabitkan tujuh kesalahan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang h4ram oleh mhkamah itu demi kebenaran dia sanggup bersumpah dalam mhkamah bahawa dia tidak meminta atau ditawarkan dana berkenaan.

Kalau simpati pada saya, tunjuklah dalam PRK ini..

” Jadi tuan-tuan fikirlah sendiri. Kalau simpati pada saya, tunjuklah dalam PRK ini bahawa BN ada di pihak yang benar dan kita nak betulkan keadan dalam negara ini,” katanya.

Untuk rekod, pada 28 Julai lalu Najib didapati bersalah oleh Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertudvhan membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd yang sebelum ini menjadi anak syarikat 1 M D B.

Dia dijatuhkan hkuman pnjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Najib berikrar untuk membuat rayuan atas sabitan berkenaan di Mhkamah Rayuan.

Sementara itu, dalam ucapan hari ini juga Najib dilihat cuba mengelak daripada menyentuh isu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.

Sebaliknya, pengerusi Lembaga Penasihat BN itu lebih gemar menyenaraikan kejayaan kerajaan BN dan kekuatan Muafakat Nasional (MN) iaitu sebuah kerjasama politik secara rasmi di antara U M N O dan PAS.

” Kenapa PRK ini penting? Ia persediaan dan pembuka tirai kepada PRU akan datang.

” Kita bagi isyarat (kemenangan calon BN) bahawa masa sudah tiba kita mengembalikan kepada orang yang tahu mentadbirkan negara kita. Kembali zaman BN.

” Kita nak betulkan keadaan dalam negara ini. BN dan Muafakat Nasional,” katanya tanpa menyebut apa-apa mengenai Bersatu atau kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Hal itu sekali gus menimbulkan soalan apakah U M N O akan meninggalkan kerjasama mereka dengan dengan Bersatu apabila parlimen dibubarkan.

Sumber: malaysiakini dan fb Najib Razak

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*