Selepas Kecoh Kedai Acheh Beroperasi Bertahun Tanpa Serbuan. Hari Ini MBSA Datang Ke Lokasi Dan Ini Yang Terjadi

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah mengambil tindakan terhadap individu yang menjalankan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Rashidi Ruslan berkata, peniaga berkenaan sebelum ini telah diberi nasihat serta amaran namun tidak diendahkan.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak pernah memilih untuk menguatkuasakan undang-undang sebaliknya menjalankan tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Mengenai video yang tular semalam, penguat kuasa dari Pejabat Cawangan MBSA Sungai Buloh sebelum ini sudah mengambil tindakan menyita gerai tersebut tetapi peniaga didapati masih ingkar.

Video tular di media sosial mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

“Mereka berniaga melebihi tempoh yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Larangan Aktiviti Meminum Arak dan Menghisap Rokok di dalam kawasan taman-taman negeri Selangor bertempat di Taman Tasik Shah Alam hari ini.

Menurutnya, MBSA turut menyita satu lagi premis yang meninggalkan barangan perniagaan dan sebuah lagi premis perniagaan yang menjual barangan minuman dan rokok menyebabkan masalah lalu lintas.

PIHAK MBSA AMBIL TINDAKAN

Hari ini tular di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS dimana satu video telah dimuat naik menunjukkan pihak MBSA telah menyita segala kegiatan perniagaan haram di kawasan yang telah ditularkan.

“Kedai buah pun takde dah, simen pun dah hilang”

Seorang netizen telah merakamkan pihak MBSA merampas dan merobohkan gerai gerai haram di kawasan tersebut.

Video Penuh

Rujukan : Sinar Harian

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*