(Video) KPD Sungai Buloh sifatkan dakw4an jvdi fitn4h, akan cari dan panggil ‘Asri Janggut’

SUNGAI BULOH: Dakw4an wujud kegiatan perjvdian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis jvdi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitn4h dan mer0sakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar

“Ini kerana maklumat yang diberikan dalam video berkenaan tidak tepat sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti polis dalam menangani kegiatan perjvdian di Sungai Buloh.

“Selepas pendedahan video berkenaan, polis melakukan enam serbvan ke atas premis seperti ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia.

“Lima daripadanya k0song, manakala satu premis masih beroperasi,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbvan itu polis menahan dua lelaki warga Bangladesh dan mer4mpas empat tablet jenama jumper; satu tablet kawalan utama jenama jumper; satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM114.

“Lima premis di tempat berlainan didapati dalam keadaan berkunci dan polis terpaksa menggunakan pemotong besi dan kuku kambing untuk membuka pintu premis. Pemeriksaan dalam premis itu didapati tidak beroperasi.

“Semua tangkapan dan r4mpasan dibawa balik ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepanjang tahun ini, Shafa’aton berkata, IPD Sungai Buloh melakukan sembilan serbvan dengan kejayaan tujuh tangkapan ke atas penjaga premis perjvdian; lapan tangkapan pemain; lima r4mpasan komputer riba dan 23 r4mpasan tablet dengan jumlah wang tunai sebanyak RM546.

Beliau mempersoal motif individu yang menularkan video berkenaan dengan mend4kwa ny4wanya ter4ncam kerana membuat pendedahan itu.

“Kita sedang mengesannya dan akan memanggilnya dalam masa terdekat untuk menjalankan s1asatan, termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya,” katanya.

Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan isu kegiatan perjvdian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.

Selain itu dia turut mend4kwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan har4m berkenaan.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.

Dua video dengan tempoh 13.28 saat dan 8.29 saat itu ditonton oleh jutaan orang.

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis berhubung video d4kwaan fitn4h dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai polis susulan video tular pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitn4h dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan maklumat berkenaan sepasukan polis daerah Sungai Buloh membuat enam serbvan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.

“Dalam serbvan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain mer4mpas empat tablet dan wang tunai RM114.

“Manakala lima lagi serbvan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah t0hmahan,” katanya.

Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, polis sudah membuat serbvan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

“Apa yang ditularkan itu adalah fitn4h sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatvhkan reputasi PDRM.

“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

TERDAHULU, MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di Sungai Buloh dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan.

Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan berkata, dalam tempoh dua bulan, MBSA sudah dua kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga yang sama selepas teguran dan nasihat tidak di ambil peduli.

MBSA on Twitter: "Tuan Mohd Rashidi Bin Ruslan, Timbalan Datuk ... Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohd Rashidi Ruslan

“Untuk makluman tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

“Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan namun teguran itu tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berkata, sedemikian ketika mengulas video yang ditularkan berkaitan tindakan penyitaan terhadap barangan perniagaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa dari Pejabat Cawangan MBSA Sungai Buloh.

Beliau berkata, peniaga itu juga didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan (melebihi 12 tengah malam).

Katanya, dalam operasi yang sama, pihak MBSA juga turut melakukan tindakan penyitaan ke atas satu lagi premis yang meninggalkan barangan perniagaan serta sebuah premis yang menjual barangan minuman dan rokok.

“Tindakan sitaan ini diambil mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Ditempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan),” katanya.

Mohd Rashidi berkata, berkaitan dengan d4kwaan kewujudan premis perjvdian, pihak MBSA akan bekerjasama dan membantu pihak polis dalam menjalankan s1asatan.

Katanya, tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya s1asatan mendapati d4kwaan itu benar.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mend4kwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mend4kwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada ‘tauke’ kedai mesin jvdi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan 22,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lvbuk kepada aktiviti har4m berkenaan.

 

Sumber: Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*