“Alicia Amin tu islam ke” – Bapa Alicia Amin Bodohkan Netizen Selepas Persoal Agama Anaknya.

Siapa tak kenal dengan model kontroversi yang juga peserta Asia’s Next Top Model ini. Sebelum ini nama Alicia Amin pernah hangat diperkatakan gara-gara tampil seksi dan juga berbogel dalam beberapa sesi fotografi.

Berikutan imejnya yang terlalu seksi, ramai yang mempersoalkan agama Alicia. Baru-baru ini, salah seorang adiknya memuat naik foto mereka sekeluarga menyambut Hari Bapa. Bagaimanapun, seorang netizen bertanyakan adakah Alicia beragama Islam atau pun bukan.

Tidak hanya berdiam diri, komen netizen itu dibalas oleh bapa kepada Alicia yang bertindak membahasakan individu berkenaan. Bapanya turut mempersoalkan semula adakah individu tersebut Islam kerana Islam tidak mengajar membuat aib orang di khalayak ramai.

 

Bapa Alicia turut meminta netizen tersebut agar duduk diam-diam sahaja daripada cuba untuk mendapatkan publisiti.

Komen bapanya itu turut dikongsikan oleh Alicia menerusi laman Twitter. Rata-rata netizen memuji bapa model itu kerana tampil mempertahankan anaknya daripada kecaman netizen.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berterusan mempertikaikan gaya hidup model itu selain mengatakan bahawa bapa Alicia tersebut langsung tidak menjawab persoalan yang diajukan individu itu.

Kata netizen lagi, individu berkenaan bertanya elok-elok sahaja dan mereka juga ingin tahu tentang perkara itu. Apa pun diharap Alicia tabah berdepan kecaman netizen kerana ada sahaja serba tak kena di mata netizen.

sumber : beutifulnara

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*