“Apa anak mereka dapat, anak saya pun dapat, tak pernah lupa walau seinci”- Anak Rita Menumpang Kasih Bapa Saudara.

Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sempena sambutan hari bapa semalam, perkongsian Rita di Instagram menjadi perhatian netizen.

Rita berkata anak-anaknya sangat bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik. Malah, Rayyan dan Arjuna diberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada bapa saudara mereka yang sudah menganggap anak-anaknya seperti anak sendiri.

Selama ini anak-anak hanya membesar bertiga dengannya dan menumpang kasih bapa saudara, Rita berkata setiap tahu anak-anaknya tidak pernah melupakan ucapan hari bapa untuk dirinya dan juga bapa saudara mereka.

“Hari ini adalah Hari Bapa. Anak-anak tak pernah lupa ucapkan untuk saya, Pak Long dan Pak Su mereka. Bagi mereka Pak Long dan Pak Su mereka itulah ‘bapa’.

“Dari kecil kasih sayang tak pernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara. Apa yang anak mereka dapat, anak saya pon akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pun anak-anak saya. Kasih sayang mereka tiada sempadan.

“Walaupun hanya bapa saudara, budak kecil ini akan ingat siapa yang selalu bersama mereka. Budak-budak akan kasih dan suka orang yang kasihkan mereka. Anak-anak saya cukup bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan mengambil berat umpama anak sendiri,” katanya.

Kata Rita lagi, anaknya juga sentiasa meluahkan rindu dan tidak pernah melupakan bapa saudara mereka. Malah, Rita dapat merasakan senyuman dan kebahagiaan anak-anak walaupun hanya menumpang kasih sayang bapa saudara.

“Walaupun berjauhan, tapi anak-anak saya tetap ingat dan sering ucap rasa rindu kalau lama tak jumpa. Mereka sering sebut kalau ada apa-apa.

“Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap bapa saudara mereka ni memang kasih sayang sejati. Senyuman dan mata bahagia mereka dapat saya rasa,” katanya.

Rita berkata lagi, dia sentiasa mengingatkan kedua anaknya supaya ingat jasa bapa saudara mereka apabila dewasa kelak dan jaga mereka seperti bapa sendiri kerana kasih sayang mereka tidak boleh diganti dengan wang ringgit.

 

View this post on Instagram

 

Harini adalah HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg…. Paklong & Paksu…bg mereka itu lah ‘bapa’ …dr kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara…apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt….mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy……kasih syg mereka tiada sempadan….walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara……budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka…budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka….Ank2 sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri….walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa…sering sebut klau ada apa2…rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap ‘bapa saudara’ dorg ni mmg pure love…senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa……wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti…..jagalah mereka spt bapa sendiri….itu pesan sy pd mereka selalu….kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda….SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ……ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu …..terima kasih TUHAN…😊

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*