
Terdahulu, pelakon, Fauzi Nawawi, mengharapkan kuasa tular dan kebijaksanaan netizen dapat membantunya mencari anak saudara, Siti Najiha, 22, yang hilang sejak 9 Jun lalu.
Fauzi berkata, dia memuat naik berita kehilangan anak bongsu kepada kakak sulungnya itu dalam laman Instagram (IG) dengan harapan urusan pencarian dipermudahkan.
Pelakon Fauzi Nawawi mengesahkan anak saudaranya Siti Najiha, 22, yang hilang sejak 9 Jun lalu telah selamat ditemui di Tanah Merah, Kelantan semalam. Menurut Fauzi, Najiha yang merupakan anak kakaknya ditemui oleh orang awam di stesen bas dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sihat.
“Alhamdulilah semalam kami dihubungi orang awam bahawa Najiha telah ditemui di stesen bas di Tanah Merah, Kelantan.Dia ditemui keseorangan dalam keadaan terpinga-pinga dan didapati dia demam panas.Kami pun terkejut bagaimana dia boleh berada jauh dari tempat dia hilang iaitu kediamannya di Perak.Apa-apa pun terima kasih kepada pihak yang menjumpai dia dan bawa pulang ke rumah untuk diselamatkan,” katanya.
Suami kepada Lisdawati itu menghubungi Astro Gempak dan mengesahkan sendiri berita tersebut. Kata Fauzi, Najiha bakal dibawa pulang ke rumah dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.
“Abang ipar kini dalam perjalanan membawa Najiha pulang dan seterusnya ke balai polis untuk melaporkan situasi terkini.Kami juga bakal membawa Najiha ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.Selebihnya kami akan serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya lagi.
Anak saudara Fauzi yang merupakan Orang Kelainan Upaha (OKU) dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu dan berita kehilangannya disebarkan selepas seminggu kehilangannya.
Pelakon Fauzi Nawawi rayu bantuan netizen, syaki anak saudara OKU dilarikan orang tidak dikenali.“Hari ini genap 10 hari anak saudara hilang. Kami sudah cuba pergi ke syarikat telekomunikasi, Digi untuk mendapatkan senarai nombor telefon bagi mengesan siapa yang dihubungi dan menghubunginya, tetapi hanya pihak polis yang diberi kebenaran berbuat sedemikian.
“Jadi, tiada apa yang boleh dilakukan, cuma berharap bantuan orang ramai agar anak saudara saya segera ditemui. Saya faham perasaan kakak, apatah lagi saya juga mempunyai anak. Lebih membimbangkan anak saudara adalah Orang Kurang Upaya (OKU).
“Sekarang ini sedang gawat, jadi manusia dalam keadaan terdesak membuatkan saya lebih risau memikirkan keadaannya. Kita tidak tahu mungkin ada sindiket mengambil dan menjual organ,” katanya kepada BH Online.
Menceritakan kejadian kehilangan anak saudara yang berada di kediaman di Pantai Remis, Perak, Fauzi berkata, ada beberapa perkara yang membuatkan mereka sekeluarga curiga.
“Sehari sebelum Siti Najiha hilang, kami diberitahu oleh jiran, mereka nampak dua motor yang ditunggang dua lelaki yang tidak dikenali bersembang dengannya.Apabila bertanyakan pada kakak, dia tidak mengenali lelaki berkenaan kerana Siti Najiha tidak mempunyai kawan. Dia membesar dalam rumah dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Kemudian, pada hari kehilangannya, ibu saya yang tinggal bersama mereka terkejut melihat pintu belakang terbuka dan mendapati Siti Najiha sudah hilang,” katanya.
Lebih musykil apabila anak saudaranya hilang tanpa membawa sebarang keperluan seperti wang, kecuali kad pengenalannya.
“Siti Najiha, seorang anak lembam walaupun berusia 22 tahun, tetapi pemikirannya masih seperti belasan tahun. Bagaimanapun, dia pandai menjawab telefon dan menaip mesej.Kami percaya Siti Najiha disuruh keluar kerana dia seorang anak yang cepat terpengaruh. Mungkin ada yang menyuruh dan dia hanya mengikut, jika tidak bagaimana dia tahu untuk membawa kad pengenalan. Jika dia merayau sekitar kampung, orang kampung pasti menjumpai memandangkan ramai mengenali keluarga saya,” katanya.
Ekoran itu, suami kepada pelakon, Lisdawati itu berdoa agar anak saudaranya dilindungi daripada perkara buruk dan segera ditemui.
Sumber: BH online | Gempak
Leave a Reply