“Mak terduduk menangis..”- Abang Suspek Mohon Keadilan, Dakwa Adik Di Perguna.

Kjadian romp4kan di Kota Tinggi tular sejak semalam apabila menarik perhatian ramai dan segelintir warganet cuba membuat pelbagai spekulasi berkenaan suspek.

Susulan itu, ahli keluarga terdekat suspek telah tampil bersuara menceritakan situasi sebenar.

” Nak kurang ajar dengan orang tua pun dia takut, inikan lagi nak meromp4k bank yang terdapat ramai orang.”

Begitu kata abang kepada remaja lelaki berusia 19 tahun yang m4ut dit3mbak pengawal keselamatan dalam kejadian romp4kan di sebuah bank di Air Tawar 5, di sini, petang kelmarin.

Azhari A Bakar, 31, berkata adik bongsunya, Azhar, 19, yang juga orang kurang upaya (OKU) disleksia disifatkan seorang lurus bendul, menyayangi ibu mereka dan peramah.

Katanya, pada hari kejadian, Azhar yang lebih mesra dipanggil Doyok keluar dari rumah seorang diri kira-kira jam 1 tengah hari dengan memandu Proton Wira tanpa sempat menjamu masakan kari ayam yang dimasak ibu mereka.

” Malam sebelum itu, dia ada maklumkan mahu ke Mersing kata nak ikut kawan pergi cari kerja. Siangnya nampak dia tidak bersiap lagi, mak pun suruh dia keluar beli lauk. Namun, tidak lama selepas itu dia keluar semula.

” Kemudian, polis telefon rumah tanya pasal adik punya kad pengenalan mana…lesen memandu mana. Saya ingatkan dia kena tahan sebab tiada lesen memandu, tetapi dimaklumkan arwh kena t3mbak.

” Secara fizikal, dia (Azhar) nampak normal. Padahal, baru kelmarin (Rabu lalu) kami menyambut hari jadinya di sebuah restoran makanan laut berhampiran. Dia belanja adik-beradik makan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Felda Semenchu di sini, semalam.

Katanya, ibu mereka menangis kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa arwh.

” Hati mak mana tidak sedih apabila mendengar khabar berita itu. Mak terduduk, menangis.

” Malah, hati saya juga sakit, orang tuduh…(mereka) tak tahu cerita. Saya tahu ada orang di belakang…dia (Azhar) buat kerja itu bukan seorang, mesti ada kawan yang suruh,” katanya.

Katanya, dia rasa amat sedih dengan nasib menimpa adiknya dan tidak sanggup melihat video kejadian yang tular sejak kelmarin.

” Video itu saya tidak mahu tengok, tidak mahu percaya. Satu kampung semua kenal dia…lurus sangat orangnya. Kalau ada majlis rewang (kenduri), dia mesti sukarela bantu orang kampung.

” Saya mengharapkan ada keadilan (siasatan) buatnya. Saya mohon jangan menghukum,” katanya.

“Boss Aku Yang Suruh”

Perompak cakap 'bos aku suruh' | Harian Metro

“PER0MPAK itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh’. Dia beritahu terpaksa kerana adiknya akan mat1i jika dia tidak dapat duit,” kata Mardiah Mat Ripi, 26, menceritakan traged1i dia menjadi tebvsan r0mpakan bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi semalam.

Menurutnya, dalam keadaan panik dan takut itu dia mendengar dengan jelas apa diperkatakan per0mpak berkenaan yang mahukan wang untuk ‘meny3lamatkan’ adiknya.

Katanya, kenyataan itu dibuat per0mpak terbabit ketika ditanya pelanggan bank yang terperangkap bersama dengannya.

“Ada pelanggan tanya, kenapa buat macam ini untuk menenangkan keadaan. Per0mpak itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos). Kalau tak dapat duit adik aku mat1i’ kata per0mpak itu.

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya menjadi tebvsan. Ny4wa saya ibarat berada di hujung sabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Mardiah berkata dia ke bank menemani ibunya, Ratnah Ahab, 56, dan sebelum kejadian, dia bersandar di dinding, menunggu ibunya selesai berurusan.

“Saya memang terbayang-bayang insiden itu, masa sangat pantas, rasa takut sangat. Memang ny4wa dekat hujung sabit. Saya hendak lari ke kiri tidak boleh, ke kanan tidak boleh, nak ke bawah pun tak boleh sebab sabit memang penuh diletakkan di leher saya.

“Cuma ingat pegawai bank cakap dengan perompak itu sabar encik jangan apa-apakan budak. Rasa memang lama sabit berada di leher. Ibu juga merayu saya tidak diced3rakan,” katanya.

Menurutnya, per0mpak itu juga cuba menjadikan ibunya tebvsan dan menolaknya tetapi Ratnah yang sak1it kaki, terjatuh.

Katanya, ibunya dipaksa berdiri dan ketika per0mpak itu tunduk untuk bangunkan ibunya, dia dit3mbak pengawal keselamatan.

“Kejadian ini memang mimpi ngeri, sejarah hitam dalam hidup. Selalu tengok dalam drama sahaja kejadian seperti ini. Tak sangka terjadi pada diri sendiri apatah lagi saya sudah bayangkan akan mat1i dibvnuh,” katanya yang bersyukur Allah SWT meny3lamatkannya dan ibunya.

 

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*