“Muka sama orang cakap jodoh, lega saya dia dah kahwin”- Syuk

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar tergelak besar apabila mendapat tahu warganet mengusik wajahnya mirip seorang wanita dikenali Qaseh Eiman di laman sosial.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata, dia tidak sangka ada wanita mirip wajahnya, namun langsung tidak ambil hati terhadap usikan nakal terhadapnya itu.

“Saya pun tergelak saja apabila mendapat tahu perkara itu. Tak sangka pula ada wanita yang kelihatan hampir mirip dengan wajah saya.

 

View this post on Instagram

 

Ini pulak bukan saya yang ad guna apps apa2 ye…

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on

“Selalunya orang cakap kalau memiliki persamaan wajah itu tandanya ada jodoh kuat. Lega pula saya apabila mendapat tahu wanita itu sudah berkahwin.

“Apapun, saya tak ambil hati langsung menjadi bahan senda warganet mengenai perkara itu sebab itu bukan saya pun. Lagipun, orang cakap dalam dunia ini ada tujuh orang berwajah sama,” katanya.

Baru-baru ini, pelawak terbabit menjadi bahan senda dalam kalangan warganet apabila menyamakan wajahnya dengan wanita itu.

Malah, ada yang turut menggabungkan foto mereka dan dikongsikan di laman sosial.

Shuk turut memuat naik foto berkenaan di Instagram dan rata-rata pengikutnya memberi komen lucu.

Menerusi perkongsian itu, dia menjelaskan foto wanita itu bukan dirinya yang menggunakan sebarang aplikasi menukar wajah.

Komen netizen

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*