Syed Saddiq sertai gotong-royong, kasut pula jadi perhatian ramai.

 

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memakai kasut sukan berjenama dalam satu programme gotong-royong mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Syed Saddiq memakai barangan berjenama untuk programme sedemikian apatah lagi terdapat kesan cat pada kasut itu.

“Dia (Syed Saddiq) pergi cat rumah, ketuk atap, tebas pokok pakai (kasut) Cortez. Geram betul aku dengan @SyedSaddiq,” kata Luqman Long di Twitter sambil memuat naik dua foto pemimpin muda itu.

Bagaimanapun, terdapat individu tampil mempertahankan tindakan Syed Saddiq yang disifatkan sebagai bukan suatu yang janggal.

Chek Mad berkata, kasut tersebut tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan pemimpin lain yang mengenakan barangan jauh lebih mewah.

“Kasut ni tak mahal, dalam lingkungan (harga) mampu milik. Sekurang-kurangnya berganda murah dari selipar LV dan kasut Gucci Tan Sri Annuar Musa buat pakai kat rumah dan pergi pasar pagi,” katanya.

Setakat ini, hantaran Luqman mendapat lebih 15,600 tanda ‘suka’ selain dikongsi lebih 5,200 kali.

Apa yang menarik, terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan mempromosikan jualan kasut seperti dipakai Syed Saddiq serendah RM200 di Twitter.

sumber : msn

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*