“Salah Melaksanakannya..”- Netizen Keliru Bila Menteri Agama Cakap Salah Baca Quran Dalam Kapal Terbang.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melayangkan sebuah tweet menyatakan Salah menunjukkan amalan yang baik dengan membaca Al-Quran di dalam kapal terbang.Ia berikutan bebenang yang mempersoalkan adakah Salah membaca Al-Quran ketika dalam penerbangan.

Amalan yang baik, dan Salah melaksanakannya. Wajar kita contohi dan bukan hanya ditularkan. Jadikan Quran bacaan setiap masa,” tulis Menteri Agama itu.

Walau bagaimanapun, netizen mula keliru dan mempersoalkan mengapa membaca kitab suci Al-Quran di dalam kapal terbang salah sedangkan ia dituntut dalam agama.

Akhirnya ia terungkai apabila lelaki yang dipaparkan membaca Al-Quran itu merupakan bintang Liverpool kelahiran Mesir bernama Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly atau sinonim dipanggil Salah di kalangan peminatnya seluruh dunia.

Malah, Salah juga merupakan antara pemain bola sepak Muslim yang tidak segan silu menunjukkan identiti Islamnya.Dia dikatakan kerap dirakam di lensa kamera bersama naskhah Al-Quran tergenggam erat di tangan.

Nama Mohamed Salah heboh diperkatakan terutama sekali peminat sukan bola sepak. Namun siapakah dirinya yang sebenar dan kenapa beliau menerima publisiti meluas sehinggakan satu dunia mengenali dirinya. Buat pengetahuan pembaca, Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).

Foto : Twitter Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri / Kredit: MH

Maka semuanya menjadi salah apabila ‘Salah’ yang melakukannya

Image may contain: 1 person, sitting, text that says 'Ini adalah cara salah memandu.'

Yang paham ..paham aje lah

Image may contain: 1 person, beard

Image may contain: 1 person, swimming and pool, text that says 'CARA SALAH BERMAIN N DGN ANAK'

Image may contain: 1 person, beard, text that says 'CARA SALAH MENCIUM PIALA'

Image may contain: 2 people, people standing, ocean, sky and outdoor, text that says 'Cara Salah dukung budak'

Image may contain: text that says 'Berita Harian Online BHONLINE Cara Salah sambut Ramadan LONDON: Mohamed Salah, Mesut Ozil dan Antonio Rudiger akan meraikan Ramadan tahun ini tidak seperti kebiasaan selepas pelbagai sekatan dikenakan susulan COVID-19.'

sumber gambar : FB

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*