Tular Non Muslim Bantu Uruskan Jenazah, Rupanya Ada Sesuatu Yang Di Rahsiakan Si Mati.

Sebelum ini kita banyak mendengar kisah kemtian saudara baru yang menjadi rebutan dikalangan sanak saudara untuk dikebmian mengikut adat resam dan anutan agma lama sim4ti.

Namun begitu lain pula kisahnya yang diceritakan oleh pemilik akaun fb ini yg dikenali sebagai Raqib. Menurutnya semalam beliau menerima panggilan dripada rakan lndianya yang memintanya menguruskan jnzh pakciknya yang baru diketahui memeluk lslam.

 

NON MUSLIM BANTU MENGURUSKAN JENAZAH MUSLIM

Jam 11.00 pagi (12 Jun 2020), saya dapat panggilan daripada sahabat lama saya sendiri dari zaman persekolahan iaitu Shankar Arumugam yang berbangsa India dan beragama Hindu (berbaju Merah di dalam gambar). Dia memaklumkan yang Pakciknya sudah meninggal dunia pagi tadi tetapi dia tidak tahu macam mana nak uruskan.

Saya pun terkejut, terfikir dan di dalam hati tertanya-tanya.. “Kenapa Shankar ni call aku tanya tentang uruskan jenazah india? Aku ni uruskan jenazah Muslim jer.”

Kemudian Shankar bagitau yang dia sedang berada di Balai Polis Kajang. Dan mintak tolong sangat-sangat macam mana nak uruskan mayat pakcik dia.

Saya terus tanya pada Shankar, ‘Pakcik kamu nie Islam ker?’

“Yer, Raqib.. Pakcik saya sudah masuk Islam sebelum ini. Saya baru tahu dan sudah tengok Kad Pengenalan dia sendiri tadi. Sudah 3 tahun rupanya pakcik saya masuk Islam. Sekarang saya tidak tahu macam mana mahu uruskan mayat pakcik saya. Saya sudah buat report polis, tapi polis suruh saya pergi Jabatan Agama. Betul ka? Kat mana Jabatan Agama?”

Saya pun pelik dengan jawapan anggota polis yang memaklumkan suruh pergi Jabatan Agama. Mungkin polis tu suruh pi Pejabat Agama Daerah kot. Saya pun suruh dia pi pejabat agama bahagian dakwah untuk minta bantuan uruskan mayat. Sampai pejabat agama dia call saya mengatakan pejabat agama tutup, tak ada orang.

Saya pula terasa buntu. Macam mana nak bantu sahabat saya ini sedangkan saya berada jauh di Pulau Pinang. Rasa serba salah pula menyelubungi diri.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

Saya cuba terangkan satu persatu pada sahabat saya ini bagi memudahkan dia paham. Jika berlaku kematian bagi jenazah orang Islam apa yang perlu kita buat :

1) Kita kena hubungi Polis dan Ambulan untuk mengesahkan kematian di rumah.
2) Selepas disahkan kematian, buat report di Balai Polis untuk dapatkan permit pengkebumian. (Jenazah tidak boleh diuruskan selagi tidak dapat permit pengkebumian).
3) Dalam masa yang sama, maklumkan pada pihak masjid kariah/masjid yang berdekatan dengan rumah si mati.

Kemudian dia pun pi Masjid Jamek Kajang. Sampai je kat Masjid dia terus call saya mengatakan yang Masjid tutup.  Allah.. Saya baru teringat semua masjid dalam Malaysia tutup dan tak boleh masuk kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inilah ujian dalam PKP.

Saya cuba whatsapp sahabat-sahabat yang lain untuk sama-sama bantu. Tetapi tiada maklum balas. (Mungkin kebetulan sahabat-sahabat yang lain sedang bekerja dan berada diluar kawasan).

Akhirnya saya teringat dan cari sahabat junior sekolah bernama Ariff Azizan. Kebetulan dia antara sukarelawan pengurusan jenazah daripada Amal Team. Saya mintak tolong padanya agar pertubuhan AmalTeam dapat bantu menguruskan jenazah india muslim ini sampai ke liang lahad.

Image may contain: one or more people and outdoor

Yang amat saya kagumkan, rupanya Amal Team ini datang dengan lori. Nampak macam lori ais, tetapi sebenarnya di dalamnya adalah tempat mandi dan kafankan jenazah. Sungguh unik, cantik, menarik dan terbaik.  (Boleh lihat gambar )

Selepas Asar, saya dapat panggilan dari Shankar mengatakan pengurusan jenazah Pakcik dia sudah selesai dan selamat dikebumikan.

**Alhamdulillah… Semuanya Allah telah permudahkan.. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Shankar Arumugam yang membantu menguruskan jenazah pakciknya (saudara seIslam kami) sehingga selesai. Terima kasih kepada Ariff Azizan dan juga pihak Pengurusan Jenazah Volunteer dari Amal Team yang telah membantu dari awal sampai habis secara percuma. Semoga Allah Ta’ala sahaja yang dapat membantu kalian di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Jazakallahukhairankathira.. Baarakallahufikom..

****************

Selepas selesai semuanya, saya cuba hubungi Shankar untuk dapatkan kisah sebenar tentang pakciknya. Shankar juga menceritakan pengalaman berharga buat dirinya dengan melihat sendiri cara pengurusan jenazah orang Islam.

Banyak persoalan yang timbul dan diajukan jepada saya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana jenazah Islam dibuat begini dan begitu. Oleh kerana dengan sifat ingin tahunya tentang pengurusan jenazah Islam, saya cuba menerangkan satu persatu serta perbezaan pengurusan jenazah muslim dan non muslim di Malaysia.

Antara persoalannya :
1) Berapa harga sebenar kos pengurusan jenazah?
2) Boleh ke saya masuk ke tanah perkuburan Islam untuk melihat pakcik saya sedangkan saya agama lain?
3) Saya tengok tadi, semasa tanam mayat, kenapa mayat dibaringkan menyereng. Kenapa tidak ditelentangkan?
4) Mayat menghadap ke arah kibat? Boleh tau, kiblat tu apa?
5) Macam mana nak tau arah kiblat?
6) Adakah orang Islam sembah Ka’bah?
7) Semasa dah kebumi mayat, saya nampak ada seorang pakcik tua datang ke kubur pakcik saya dan baca-baca kat kubur pakcik saya. Yang lain semua diam dan tengok pakcik tu. Dia buat upacara apa tu?
8) Macam mana nak buat batu dekat kubur? Yang terpacak dua tu..
9) Dalam Islam memang wajib kena buat batu nisan ke atau macam mana?
10) Adakah tanah kubur itu milik dia? saya tengok agama lain, diaorang beli tanah dan jadi hak milik.
11) Tanah wakaf tu apa?

Dan banyak lagi persoalan dan perkongsian bersama tentang perbezaan pengurusan jenazah muslim dan non muslim. InsyaAllah, untuk mengetahui yang selebihnya akan saya kongsikan di dalam Bengkel/Kursus Pengurusan Jenazah nanti.

*************

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Allahyarham saudara SeIslam kita bernama Abu Dzar bin Abdullah berumur 80 tahun (20/03/1940 ~ 12/06/2020). Sama-sama kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di Syurga bersama orang yang beriman.

sumber : penangkini/kitasteady

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*