Bangladesh Enggan Terima 269 Pelarian R0hingya, Lebih Mengejutkan Kemungkinan Pelarian Ada Kontak Rapat COVID19

Bangladesh menolak untuk menerima 269 pelarian Ro-hingya yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia semasa mereka sedang menyelamatkan diri dalam insiden bot rosak di Langkawi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen kepada Agensi Berita Anadolu, beliau bertegas bahawa tidak menjadi kewajipan kepada negara itu untuk membawa pulang kesemua pelarian tersebut.

Myanmar tidak bersungguh terima kembali Rohingya | ASEAN | Berita ...

Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen

”Bangladesh tidak akan mengambilnya. Bangladesh tidak berkewajiban atau dalam posisi untuk mengambil Ro-hingya lagi,” kata beliau.

Isnin lalu, kerajaan telah menahan 269 pelarian Ro-hingya dan menemui mayat di atas kapal yang rosak di luar pulau peranginan Langkawi.

Kemudian pada Selasa, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, memberitahu media bahawa Kementerian Luar Negeri akan meminta Dhaka untuk mengambil kembali pelarian mereka sekiranya mereka didapati melarikan diri dari kem di Daerah Tenggara Bangladesh, Cox’s Bazar di mana menempatkan lebih dari satu juta pelarian Ro-hingya.

Sebagai jawapan kepada isu tersebut, Momen menyatakan pendirian Bangladesh untuk tidak menerima permintaan daripada Malaysia.

Over 260 held, one dead body found after boat carrying Rohingya ...

”Ro-hingya bukan warganegara Bangladesh. Mereka adalah penduduk Myanmar selama berabad-abad,” tambahnya.

Beliau juga meminta negara-negara lain untuk berkongsi beban berkenaan penempatan pelarian Roh-ingya dan bukan hanya memberi tekanan kepada Bangladesh.

”Negara-negara lain dipersilakan untuk membawa mereka. Daripada meminta kami memberi perlindungan kepada mereka, kami mengalu-alukan kepimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohing-ya yang dianiaya dan kini terlindung sementara di Bangladesh,” kata Momen.

2 lagi pelarian Rohingya di kem sementara di Cox’s Bazar meninggal dunia

Sementara itu, dua lagi pelarian Rohingya di kem sementara di Cox’s Bazar meninggal dunia semalam akibat COVID-19, sehingga kini seramai tiga orang telah maut.

“Hari ini (Selasa), dua lagi kematian dan enam kes dilaporkan. Jumlah pelarian yang dijangkiti ialah 35 orang,” kata seorang pegawai, Mahbub Alam Talukder.

Beliau berkata, lebih 20,000 Rohingya dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang berlindung di khemah yang sama. – BERNAMA

269 pelarian Rohingya ceroboh negara akan jalani saringan COVID-19

Seramai 269 pelarian Rohingya yang ditahan kerana menceroboh negara pada Isnin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan turut melalui ujian saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan akan memutuskan tindakan susulan terhadap kesemua mereka.

“Semalam memang betul ada pendaratan pelarian Rohingya seramai 269 orang. Kita telah laksanakan saringan kesihatan dan mereka juga akan disaring untuk kes COVID.

“Kita akan bincang perkara ini pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kanan dan tindakan seterusnya akan diambil oleh pelbagai agensi , bukan setakat KKM (Kementerian Kesihatan) sahaja,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.

Sumber: Bernama / astro awani 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*