PDRM Tarik Balik Semua Sekatan Jalan Raya, Esok Semua Sudah Tidak Sabar Merentas Negeri

Pada sidang media Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau telah memaklumkan bahawa semua sekatan jalan raya merentas sempadan negeri telah ditarik balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Esok semua boleh rentas negeri

Hal ini berikutan penamatan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat yang berakhir pada hari ini. Bermula 10 Jun, rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasa.

Ops Benteng masih diteruskan

Walau bagaimanapun, Ops Benteng melibatkan sempadan negara masih dijalankan seperti biasa dan pihak PDRM akan lebih menumpukan kepada pemantauan PKPP.

Hasrat rakyat negara ini untuk pulang ke kampung akhirnya termakbul selepas kerajaan hari ini membenarkan aktiviti merentas negeri bermula 10 Jun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, rakyat yang mahu melakukan aktiviti menziarahi ibu bapa di kampung halaman boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan di kawasan yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan, pada Ahad.

Sumber : Bernama, RTM

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*