
Dari sumber akhbar tempatan, dikatan Seramai 269 etnik Rohingya yang dipercayai menempuh perjalanan selama hampir empat bulan dari kem pelarian di Myanmar berjaya mendarat di Langkawi, hari ini.Difahamkan Kelibat bot berkenaan dilihat memasuki perairan negara jam 4.20 pagi semalam di Pantai Teluk Nibong, Langkawi.
Sumber memberitahu dari Harian Metro ini, 269 itu terdiri daripada 80 lelaki, 138 perempuan, 26 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan.
“Selain 269 itu, pihak polis juga sudah menemui satu mayat dari etnik Rohingya juga di perairan Langkawi. Mayat itu sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya juga, dari 53 daripada mereka itu dilaporkan terjun ke laut selepas bot itu karam termasuklah seorang daripada mereka yang ditemui maut itu.
Katanya lagi, sembilan tekong atau kru bot penyeludupan migran itu dipercayai meninggalkan bot berkenaan menggunakan satu lagi bot selepas memasuki perairan Malaysia.
“Bot itu dipercayai belayar dari kem pelarian Cox Bazar, di Myanmar yang mengambil masa hampir empat bulan untuk tiba di Langkawi,” jelasnya lagi pada pemberita
Sumber memberitahu, bot berkenaan dipercayai membawa lebih 500 etnik Rohingya dan 200 daripadanya dilaporkan mati ketika dalam perjalanan namun pihak berkuasa masih menyiasat perkara berkenaan.
Katanya, semua pelarian terbabit dibawa ke Kem Wawasan Negara di Ulu Melaka, Langkawi untuk proses dokumentasi.
Dari Harian Metro difahamkan lagi, satu sidang media akan diadakan pihak berkuasa berhubung pendaratan terbaru etnik Rohingya itu dalam masa terdekat.
BOT yang digunakan oleh sindiket untuk menyeludup etnik Rohingya dilihat di perairan Teluk Nibong, Langkawi. FOTO ihsan pembaca
Jom kita Lihat Apa Kata kata dar warga Netizen ini:
Sumber: Harian Metro /siakapkeli.rimbabara
Leave a Reply